Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin April 5, 2018 @ 6:12pm

Kaki Kejang Semasa Hamil? Ini Cara Yang Boleh Anda Lakukan

Kejang kaki adalah masalah yang biasa dialami oleh ibu yang sedang hamil dan ia berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot membuatkan otot anda menjadi kejang.

Kebiasaannya kekejangan ini akan berlaku pada waktu malam ketika anda sedang nyenyak tidur. Mesti terus terbangun sebab rasa kesakitan pada kaki tersebut! 

Menurut Dr. Nurhazinat Yunus, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Tropicana Medical Centre, kekejangan pada betis kaki biasanya berlaku pada waktu malam kerana keadaan suhu persekitaran yang lebih sejuk, keadaan fizikal yang tidak aktif semasa tidur, ataupun pergerakan secara tiba-tiba seperti mengeliat selepas rehat yang panjang.

Apabila anda mengalami kekejangan, anda perlu meregangkan otot tersebut. Luruskan kaki secara perlahan-lahan, bengkokkan bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah anda.

Pastikan sendi lutut anda lurus. Sekiranya anda bersendirian, anda boleh membongkokkan badan anda secara perlahan-lahan dan capai jejari atau ibu jari kaki, kemudian tarik jari tersebut ke arah anda dengan sendi lutut pada keadaan lurus.

Anda juga boleh mengurangkan tersebut dengan mengurut bahagian otot betis dengan perlahan-lahan. Sekiranya tidak berjaya, bangun daripada katil dan lakukan aktiviti berjalan selama beberapa minit.

Ini pula cara untuk mengelakkan kekejangan untuk terus berlaku:

1. Meregangkan otot betis

Anda boleh melakukan aktiviti regangan sebelum masuk tidur bagi mengelakkan kejang betis semasa hamil. Cara regangan pula dengan berdiri sejauh panjang lengan anda dari dinding. Letakkan tapak tangan anda pada dinding tersebut dan gerakkan kaki kanan ke belakang kaki kiri.

Secara perlahan-lahan anda bengkokkan kaki kiri ke hadapan, pastikan kaki kanan anda kekal lurus dan tapak kaki tidak berganjak dari lantai. Tahan regangan tersebut selama 3o saat, berhati-hati untuk mengekalkan bahagian belakang anda dalam posisi lurus dan peha anda ke hadapan. Kemudian tukar kaki, dan ulang cara regangan yang sama. Lakukan regangan ini selama 5 hingga 10 minit.

2. Kekal aktif

Anda perlu melakukan senaman atau aktiviti regangan setiap hari untuk mengekalkan kecergasan badan ketika hamil. Apabila anda aktif, risiko untuk mengalami kekejangan kaki akan berkurangan. Selain itu, anda juga perlu mengelakkan diri daripada berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.

3. Vitamin dan mineral tambahan

Anda boleh mengambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C, magnesium, potasium dan kalsium. Anda juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang, dan buah-buahan kering. Selain itu, anda juga boleh makan pisang setiap hari kerana ia kaya dengan potasium yang dapat membantu mengurangkan kekejangan otot. Jangan lupa juga minum susu untuk mendapatkan kalsium yang cukup semasa hamil.

4. Air yang mencukupi

Foto: MomJuntion

Anda perlu minum air dengan kadar yang mencukupi bagi memastikan badan sentiasa terhidrat dan membantu untuk mengelakkan kekejangan otot. Selain itu, anda juga perlu peka dengan warna air kencing sekiranya ia berwarna kuning pekat biasanya menandakan anda tidak mengambil air dengan secukupnya.

Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah anda yang sedang hamil dan diharapkan tidur malam anda akan lebih nyenyak tanpa gangguan kekejangan pada kaki lagi!

Sumber: Majalah PaMa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 2 Mar 2020

Ingatkan kuih, nyaris nak gigit…

Kreatif sungguh, menarik dijadikan cendera hati!

Featured Wed, 7 Dec 2022

Doa Dikurniakan Jodoh Di Jabal Rahmah, Liya Maisarah Idamkan Lelaki Soleh

Pempengaruh terkenal, Liya Maisarah tular di media sosial setelah memuat naik hantaran di TikTok dirinya sedang menunaikan ibadah Umrah. @liyamysarah.dsiJabal Rahmah, Bukit kasih sayang 🤍 Tempat Nabi Adam & isterinya Hawa bertemu kembali selepas ratusan […]

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

10 Orang Ini Berjaya Buktikan Kecacatan Bukan Penghalang Untuk Capai Impian Mereka

Sesetengah orang yang tak bernasib baik dalam hidup berjaya membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil, selagi ada kemahuan.

Events Mon, 24 Feb 2025

“Dia Tak Kosong, Bersahaja & Tenang” – Sherry Alhadad Puji Sissy Imann Kendali Pentas AJL39

“ Sissy kelihatan sangat bersahaja dan tenang. Ini menunjukkan dia sudah tahu kelebihannya. Go girl!”- Sherry Alhadad

Gaya Hidup Thu, 14 Jun 2018

Sila Ambil Perhatian! Hindari 5 Perkara Ini Selepas Makan

Sila elakkan lakukan 5 perkara ini lepas makan kalau nak kekal sihat.

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

Seteruk Mana Anda Dalam Bowling, Anda Mungkin Tak Seteruk Wanita Ini. Kelakar Sungguh!

Kalau tak ada skill, bowling memang susah tapi bagi ada sesetengah orang, bola mereka tak sampai pun ke lorong!

Featured Tue, 30 Jul 2019

Anak perempuan Eminem sekarang sudah besar panjang dan ‘cun’ habis!

Patutlah ramai yang ‘follow’ di Instagram!

Gaya Hidup Sat, 11 Jan 2020
Featured Fri, 21 Jun 2019

Panduan pilih, pasang kerusi kereta bayi & cara pujuk anak untuk biasakan diri

Ketahui panduan ini sebelum membeli kerusi kereta bayi untuk si kecil.

Gaya Hidup Thu, 19 Mar 2020
error: Content is protected !!