Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 2, 2025 @ 5:15pm

“Kalau Betul Sayang Anak, Datang Sendiri!’ – Didakwa Sukar Dihubungi, Shuhada Tampil Bersuara 

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menepis dakwaan dirinya sukar dihubungi sejak berpindah ke Australia.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama program Melodi di TV3, Shuhada menjelaskan dia masih mengekalkan nombor telefon Malaysia demi memudahkan Hafidz menghubungi anak-anak mereka.

“Saya ingin betulkan kenyataan Hafidz yang mendakwa saya tak jawab panggilan telefon. Saya masih guna nombor Malaysia walaupun dah setahun menetap di sini. Tujuannya jelas,  supaya hubungan antara ayah dan anak tidak terputus,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun ruang komunikasi masih terbuka, namun Hafidz sendiri tidak pernah mengambil inisiatif untuk menghubungi mereka.

“Kalau dia nak bercakap dengan anak-anak, telefon saja saya. Tak ada masalah. Saya tak sekat dia pun di media sosial. Tapi selama ini, dia tak pernah mesej atau telefon untuk tanya khabar anak-anak. Kalau ada, saya minta dia tunjuk bukti,” tegas Shuhada.

Ketika ditanya tentang komitmen Hafidz sebagai seorang ayah, Shuhada mendakwa pelakon Raisha 2 itu tidak konsisten menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dari segi nafkah.

“Saya bukan jenis yang setiap bulan akan tuntut nafkah. Tapi kalau dia sentuh isu itu, saya akan bersuara. Sekarang saya ambil peluang untuk jelaskan, dia memang tak jalankan tanggungjawab sebagai bapa. Kalau dia rasa nak bagi, dia bagi. Kalau tak, dia diam saja,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Mahkamah Beri Hak Jagaan Interim Kepada Shuhada

Shuhada turut berkongsi perkembangan terkini mengenai kes tuntutan hak jagaan anak-anak mereka, Humairah dan Umar, yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Shah Alam baru-baru ini.

“Untuk makluman, tuntutan hak jagaan interim dan penuh difailkan oleh Hafidz, jadi dia adalah plaintif dan saya responden. Mahkamah telah memutuskan bahawa hak jagaan interim diberikan sepenuhnya kepada saya.

“Sementara itu, hak lawatan ketika cuti sekolah diberikan kepada Hafidz. Jadi jika saya balik Malaysia waktu cuti sekolah, saya perlu maklumkan padanya. Tapi kalau saya tak balik, tiada isu. Kalau dia nak datang ke Australia, silakan saja,” jelasnya.

Shuhada turut memaklumkan dia tidak pernah menghalang Hafidz untuk berjumpa anak-anak, bahkan menjemputnya datang ke Australia.

“Sekarang anak-anak bersekolah di sini dan cuti akan datang jatuh pada bulan Julai. Kalau dia nak datang, silakan. Tapi kalau dia harap saya balik Malaysia dan bawa anak-anak, saya rasa itu tak masuk akal.

“Sebagai ibu tunggal yang tanggung semua kos, macam mana saya nak balik begitu saja? Kalau dia sediakan tiket penerbangan, mungkin boleh dipertimbangkan,” ujarnya.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Rabu memutuskan bahawa Hafidz diberi hak lawatan interim terhadap dua anak mereka sepanjang cuti sekolah dari 29 Mei hingga 9 Jun depan.

Shuhada diarahkan pulang ke Malaysia untuk menyerahkan anak-anak kepada Hafidz sepanjang tempoh tersebut.

Pasangan ini berkahwin pada 30 April 2016 dan bercerai dengan talak satu pada 27 Julai 2023. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 8, dan Umar, 5 tahun.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 13 Sep 2019

#Haze Is Trending On Twitter, Here’s The Prove Why It Is Getting Worse Than Before

Dear Malaysians, please look at what Malaysia has turned to..

Featured Thu, 30 Mar 2023
Trending Wed, 28 Aug 2019
Hiburan Sat, 20 Apr 2019

Si ‘Sexy Back’ Ainul Aisyah Curi Perhatian Netizen

Wow, yang penting ramai juga followers Ainul termotivasi dengan bentuk badan beliau

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Lagu Baharu Dikritik Tak Sesuai Dengan Vokal, Syamel Tenang Terima Pandangan Negatif Netizen

Rata-rata netizen mengatakan lagu tersebut tidak sesuai dengan vokal Syamel yang dikatakan lebih gemersik dan menyentuh jiwa sekiranya menyanyikan lagu-lagu ballad.

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Pilih Kata-Kata Dengan Penuh Berhati-Hati Kerana Ia Mencerminkan Niat Sebenar” – Nur Fazura

Nur Fazura mengingatkan orang ramai supaya lebih berhemah ketika menyuarakan pandangan.

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

“Saya Tak Pernah Pilih Watak”- Syafiq Kyle

Kalau sudah jadi pelakon popular pastinya pelakon tu akan memilih jenis watak ataupun projek lakonan kan? Tetapi berbeza pula dengan teraju utama drama bersiri Nur yang popular dengan watak ustaz Adam iaitu Syafiq Kyle.

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
error: Content is protected !!