Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom April 8, 2020 @ 5:00pm

Kalau punya wang simpanan yang mencukupi, tak perlu usik wang dalam akaun 2 KWSP

Prihatin dengan nasib rakyat yang terjejas sepanjang penularan wabak COVID-19, kerajaan mengumumkan pelbagai kemudahan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat, baru-baru ini.

Ramai yang menarik nafas lega apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif I-Lestari  yang membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur bawah 55 tahun membuat pengeluaran wang simpanan menerusi Akaun 2 untuk tempoh 12 bulan dengan kadar pengeluaran maksimum RM500.

Keprihatinan yang dipamerkan kerajaan itu sedikit sebanyak meringankan beban rakyat yang terjejas sepanjang penularan wabak COVID-19 sehingga ada yang kehilangan mata pencarian, dibuang kerja dan menutup perniagaan mereka.

Permohonan yang berkuatkuasa bermula 1 April 2020 lalu diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua tatkala berdepan dengan situasi getir ini.

Bagaimanapun kepada mereka yang sudah berumah tangga, dinasihatkan untuk berbincang dengan pasangan terlebih dahulu,  sama ada perlu atau tidak mengeluarkan duit KWSP, terutama mereka yang masih menerima pendapatan bulanan seperti biasa atau mempunyai simpanan yang mencukupi.

Ikuti perkongsian bermanfaat daripada pengguna Facebook bernama Firdaus Shakirin ini yang dapat dijadikan sebagai panduan.

Sesiapa yang tanya saya perlu atau tidak keluarkan duit daripada akaun 2 KWSP ini, maka nasihat saya begini:

1. Tengoklah simpanan dan situasi kewangan semasa keluarga anda, cukup atau tidak. Seandainya ditakdirkan keadaan sekarang ini berlarutan untuk tempoh yang lebih lama, cukup atau tidak menampung keperluan dengan simpanan yang anda ada.

2. Jika anda mempunyai perancangan untuk gunakan simpanan daripada akaun 2 itu untuk membiayai pengajian kolej/universiti anak-anak, menampung kos  perubatan, punya perancangan membeli atau bina rumah, maka tak perlulah guna atau keluarkannya buat sekarang.

3. Jika anda memang ada mengeluarkan akaun 2 untuk pengeluaran ansuran perumahan bulanan, maka tidak perlu guna untuk I-Lestari.

Foto: KWSP

Apa yang saya kongsikan ini, akhirnya berbalik kepada hak masing-masing kerana  keputusan si tangan anda.

Paling penting, berbincang dengan pasangan. Bagi saya jika bawa keluar, duit sudah ada di tangan, letaklah atau simpan dalam akaun simpanan kita sendiri.

Disiplin dan merancang kewangan dengan betul. Jangan guna selagi tidak perlu atau terdesak. Bila ada kecemasan sahaja baru boleh ambil.

Tapi kalau duit itu dalam KWSP, waktu kecemasan susah pula nak ambil kalau tidak menepati syarat-syarat pengeluaran.

Saya menggunakan kesempatan yang diberi untuk mengeluarkan duit sendiri sahaja. Hendak tunggu tua pun, tiada jaminan sempat sampai hari tua…

Pilihan di tangan anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Oct 2022

[VIDEO] Pakai Rotan Tak Jalan, Zarina Anjoulie Hentak Drum Sambil Ajar Anak Membaca Raih Perhatian!

Wowwww! Kreatifnya Anju, ibu ibu boleh guna cara ni jugaaa. Min terhiburrr 🤣🤣🤣

Featured Wed, 30 Apr 2025

Spekulasi Berbadan Dua Hangat Diperkatakan, Ramai Doakan Watie Hanifiah

Isteri kepada usahawan yang juga pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah didakwa sedang berbadan dua.

Featured Sat, 16 Apr 2022

Impian Rayi Putra Lancar Single Baru ‘MATAMATA’ Berkonsep Menari Tercapai!

Selepas menyanyi dan rap, penyanyi kelahiran Indonesia ini nak cuba menari pula! Fuhhhh

Featured Fri, 26 Aug 2022

Lepas Akaun TikTok Manchester United Guna Sound, Kini Ryan Bakery Terima ‘Bluetick’ Pula!

Semart wooo 👏 Tahniah budak bedak! Teruskan berkarya🔥

familuv Tue, 19 May 2020

Rindu ibu bapa di kampung, jom jenguk mereka secara dalam talian

Kaedah mudah nyatakan kerinduan terhadap ibu bapa

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Wed, 26 Nov 2025

Amelina ‘Naik Hantu’ Sindir Individu Suka Ambil Kesempatan? – “Itu Bukan Pergorbanan Kau H*nat”

Penyanyi dangdut terkenal, Amelina menyorot perhatian apabila meluahkan rasa geramnya terhadap pihak yang suka mengambil kesempatan.

error: Content is protected !!