Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 6, 2018 @ 1:17pm

Kanak-Kanak 9 Tahun Ditemui Mati DiPatuk Ular Tedung

Seorang kanak-kanak malang berusia 9 tahun ditemui mati di dalam biliknya pada pagi Rabu dipercayai akibat dipatuk ular yang ditemui bawah selimutnya dalam kejadian yang berlaku di Thailand.

Prapawee Prawat ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh neneknya, Lung Chu, 70, di rumah mereka di Chaiya Buri, menurut kenyataan polis.

Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian memeriksa keadaan Prawet dan menemui bekas patukan pada jarinya.Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa membawa kepada penemuan seekor ular tedung sepanjang kira-kira 2 meter di bawah selimutnya. Ular tersebut kemudiannya dibunuh oleh penduduk kampung dan jasad Prawat di bawa ke hospital Chaiya Buri untuk dibedah siasat.

Menurut pihak polis lagi, pemeriksaan awal mereka terhadap jasad Prawat menjangkakan bahawa kanak-kanak tersebut sekurang-kurangnya sudah meninggal dunia untuk tempoh 8 jam sebelum disedari.

”Dia tidur ketika itu dan saya mahu mengejutkannya untuk ke sekolah.

”Prawat tinggal bersama saya dan moyangnya kerana orang tuanya sudah bercerai.

”Kami tidak tahu bagaimana ia berlaku. Rumah kami tidak pernah dimasuki ular sebelum ini.

”Saya sangat sedih. Saya harap saya dapat gantikan tempatnya, dia masih kanak-kanak,” kata neneknya yang kesedihan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Jun 2018

Kerana Menyanyikan Lagu Raya, Wartawan TV3 Ini Dikritik

Baru-baru ini viral di media sosial apabila wartawan TV3, Amirulhakim Lokman menyanyikan lagu raya semasa membuat standupper semasa lintas langsung dalam salah satu berita yang disiarkan di TV3

Featured Mon, 12 Sep 2022

Kerap Muncul Dalam Filem Beruniform, Netizen Naik Muak Dengan Hairul Azreen?

Alamak apa kes? Tak ada angin tak ada ribut nama Hairul Azreen jadi sebutan 🥵🤭

Featured Fri, 3 Sep 2021

KKM Bincang KPM Wajibkan Guru Ambil Vaksin

Susulan terdapat isu sesetengah guru yang menolak vaksin, Kementerian Kesihatan dijangka mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan berhubung dasar mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan guru di sektor pendidikan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana langkah […]

Hiburan Sun, 30 Nov 2025
Featured Sat, 1 Mar 2025

Jenazah Isteri Ridzokumura Selamat Dikebumi, 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Seramai 200 orang hadir terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat Allahyarham.

Hiburan Wed, 1 Apr 2026
error: Content is protected !!