Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 30, 2025 @ 1:20am

Separuh Nafas Cinta Angkat Kisah Rumah Tangga Penuh Dendam, Zazzleen Hidupkan Watak Ibu Mentua Dari Neraka

Hari bahagia yang sepatutnya menjadi detik paling indah buat seorang wanita bertukar menjadi peristiwa hitam dalam drama bersiri vertikal baharu terbitan Media Prima, Separuh Nafas Cinta, yang akan ditayangkan eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton mulai 1 Disember 2025.

Drama berformat menegak itu membuka tirai dengan insiden mengejutkan apabila Ariana ditinggalkan tunangnya, Iskandar, tanpa sebarang berita sebelum akad nikah. Demi menjaga maruah keluarga, Hariz ,adik Iskandar terpaksa menggantikan tempat abangnya dan menjadi “pak sanggup”.

Menampilkan 60 episod dengan durasi dua hingga tiga minit setiap satu, Separuh Nafas Cinta mempertaruhkan gandingan pertama finalis Pencarian Pelakon Drama Sangat, Amin Sufian dan Ariana Yusof, bersama barisan pelakon lain termasuk Amri Dahlan dan Zazzleen.

Drama ini disiarkan dua kali sehari iaitu pada jam 12 tengah hari dan 8 malam, bagi memastikan penonton sentiasa ‘melekat’ dengan perkembangan hubungan Ariana dan Hariz.

Konflik bermula sebaik Ariana, yang dipaksa menerima perkahwinan itu, menetapkan syarat jelas bahawa Hariz mesti menceraikannya selepas enam bulan.

Namun laluan hidupnya menjadi lebih sukar apabila dia perlu tinggal sebumbung dengan ibu mentua, Juhara, yang langsung tidak merestuinya.

Dari detik itulah rumah Juhara berubah menjadi ruang penderaan fizikal dan emosi. Dalam diam, Ariana berperanan seperti pembantu rumah, menanggung tekanan demi tekanan, manakala Hariz pula berada dalam situasi serba salah sebagai seorang anak dan suami.

Lebih mencuri perhatian, drama ini menandakan kemunculan semula Zazzleen dalam watak antagonis paling ekstrem pernah dibawanyac  jauh berbeza daripada persona komedi yang sinonim dengannya.

“Selama ini saya dikenali dengan watak ceria. Bila ditawarkan menjadi Juhara, saya tahu ia cabaran besar. Juhara ini bukan saja garang, tapi penuh tipu helah dan sanggup buat apa sahaja demi kehendaknya.

“Saya tak sabar menunggu reaksi penonton,” katanya.

Sementara itu, Ariana Yusof yang pertama kali diberi peranan heroin mengakui watak beremosi tinggi itu menjadi medan untuk membuktikan kemampuannya.

“Ini satu pencapaian besar. Ariana watak yang kompleks, dikhianati, dipaksa berkahwin dan dihimpit ibu mentua yang kejam. Saya mahu tunjuk keupayaan sebenar dalam ruang watak ini,” katanya.

Menguatkan lagi naskhah ini ialah lagu runut bunyi rasmi bertajuk Benar Indah, nyanyian Kai Deva, manakala produksi, komposisi dan liriknya dihasilkan oleh Firdaus Rahmat.

Separuh Nafas Cinta mengangkat tema pengorbanan, tekanan emosi serta dinamika mentua-menantu yang penuh sengketa menjadikannya antara drama vertikal paling ditunggu hujung tahun.

Drama ini bakal mula menemui penonton 1 Disember 2025, eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Netizen Gempar Bila Remy Ishak Padam Semua Gambar Di IG

Semoga semuanya baik-baik sahaja…

Featured Sat, 14 Feb 2026

Isu Wali Jadi Tanda Tanya, Kayda Perjelas Dakwaan Roslan Aziz Sudah meninggal Dunia – “Bapa Saya Masih Hidup”

Penyanyi Kayda Aziz tampil memperjelaskan dakwaan yang mengatakan bapanya yang juga penerbit, Roslan Aziz telahpun meninggal dunia.

Hiburan Thu, 22 Aug 2019

LOONA’s Huge Popularity in KCON USA, Billboard Declares Them as Global Rookie

Orbits prove that stanning LOOΠΔ was never a mistake and it shows! Congratulations LOOΠΔ!

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Majlis Resepsi Elfira Loy Di Melaka Ada Nilai Sentimental

Dipercayai majlis tersebut merupakan permintaan daripada nenek Faris sendiri yang ingin melihat cucunya bersanding di kampungnya. 

Featured Fri, 29 Oct 2021
Hiburan Thu, 7 Apr 2022
Trending Mon, 13 Nov 2017

如果这些科幻电影少了特效,更本就是在看喜剧嘛!

特效,是指特殊的效果;通常是由电脑软件制作出一些无法在现实出现的场景和情节。在加上特效前,演员到底是怎么揣摩角色?

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Pengasas Kate Spade Ditemui Mati Tergantung

Walaupun Kate sudah tidak lagi menjalankan sebarang urusan dengan Kate Spade sejak lebih sedekad lalu, namun Kate dan suami Andy merupakan pengasas dan pencipta kepada jenama yang disayangi ramai ini. Kate akan terus dirindui…

Featured Mon, 14 Jul 2025

Didakwa Sebar Fitnah, Scammer Bakal Saman Abby Abadi – “Bermimpi Ke Mereka Ni?”

LOD itu dihantar atas alasan fitnah dan jejaskan reputasi scammer

error: Content is protected !!