Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom August 22, 2018 @ 12:00pm

Katakan Tidak Pada Muka Pinggan! Ini Cara Pecahkan Lemak Di Muka Anda

Memiliki raut wajah bujur sireh atau kecil, menjadi idaman setiap wanita.

Apatah lagi kalau body dah ramping, takkan muka bulat pula kan? So, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan keseimbangan bentuk muka yang sepadan dengan keadaan fizikal anda?

Jangan gusar, bagi yang selesa memilih jalan pintas iaitu melalui cara pembedahan dan mampu membiayai kos pembedahan apa salahnya. Berani buat berani tanggung, kata orang!

Bagi yang tiada bajet itu, sebenarnya ada cara alternatif yang dapat membantu anda untuk mendapatkan raut wajah dan pipi yang kecil bak pauh dilayang. Bahkan petua ini bukan saja mudah tetapi juga jimat dan selamat. Selamat mencuba!

4 Cara Kecilkan Pipi Tembam

1. Lakukan Senaman Rahang

Selain daripada senaman badan, andajuga boleh lakukan senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini akan  meregangkan otot-otot di wajah dan mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum anda tidur. Ia bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan mengurangkan masalah kulit berkedut di wajah.

foto : siraplimau.com

2. Urut Halus Di pipi

Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan  satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah. Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.

Foto : marieclaire.com

3. Guna Teknik Solekan Yang Betul

Bila bersolek pastikan kamu menggunakan teknik yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah anda. Untuk langkah selamat oleskan pemerah pipi mengikut bentuk rahang. Jangan sesekali sapu pemerah pipi mengikut bentuk bulatan kerana ia akan memberi efek yang lebih tembam pada anda.

Foto : beautylish.com

4. Ais Batu

Pada individu yang miliki masalah kulit sensitif, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan otot-otot wajah anda dan secara tidak langsung merehatkan otot wajah yang sedang membengkak.

Foto : peachesandblush.com

4 Senaman kecilkan Pipi Tembam

1. Senaman Pipi

Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.

2. Bibir

Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.

3. Sedutan

Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

4. Senaman O

Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

Foto : brightside.me

Sumber: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 21 Sep 2018
Featured Fri, 9 Nov 2018

Kylie & Kendall Jenner Lancarkan Rangkaian Beg Tangan, Harganya Boleh Tahan Murah!

Bolehlah dikira mampu milik untuk produk daripada selebriti antarabangsa.

Oh Lawa Thu, 18 Jul 2019
Featured Wed, 17 Jul 2019

ANAS Cosmetics kini boleh didapati di Sasa

Setiap koleksinya sesuai untuk kulit wanita Asia!

Oh Lawa Wed, 11 Jul 2018

Sedia Ikut Jejak Langkah Ibu Bapanya, North West Jayakan Kempen Jenama Terkenal Fendi

Kanye West turut membuat penampilan khas menerusi lagu tema kempen berkenaan berjudul Love Lockdown.

Oh Lawa Wed, 13 Mar 2019

5 warna yang anda akan kerap lihat dalam dunia fesyen terkini

Untuk kekal relevan, anda perlu mengikuti trend.

Oh Lawa Sun, 3 Jun 2018

Muka Anda Pucat Ketika Berpuasa? Cuba Teknik Solekan Ini Untuk Tampak Fresh!

Jangan biarkan muka anda pucat ketika berpuasa. Gunakan teknik solekan ini.

Featured Tue, 5 May 2020
Oh Lawa Mon, 9 Jul 2018

Makan & Guna Skrub Dark Chocolate Untuk Kulit Cantik Serta Bercahaya

Dark chocolate memiliki manfaat untuk membuatkan kulit terlihat lebih bercahaya.

Oh Lawa Fri, 16 Mar 2018

6 Model Cilik Yang Berpotensi Untuk Menakluki Dunia Fesyen. Kecil-Kecil Dah Stailo!

Ada ramai model kanak-kanak yang dah pun berjaya melakar nama di persada dunia. Dan mereka ni memang tak dinafikan berbakat!

error: Content is protected !!