Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 29, 2018 @ 1:39pm

Kecewa Tak Bergelar Finalis, Wany Hasrita Pasang Niat Masuk AJL 34

Penyanyi Wany Hasrita mengaku sedikit kecewa apabila lagu Rintihan Rindu nyanyiannya gagal melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu ke 33.

Wany ketika ditemui sejurus pengumuman finalis AJL 33 memaklumkan biarpun kecewa dia tidak akan terus mengalah untuk mencuba untuk tahun seterusnya.

“ Jujurnya agak sedih kerana saya berniat sekiranya dapat menjadi finalis AJL 33, saya mahu perbetulkan kesilapan tahun lalu.

“ Umum tahu, AJL lepas bukanlah satu kenangan manis yang saya boleh ingat. Tetapi, saya percaya pada rezeki lain. Mana tahu, tahun depan saya berjaya ke AJL 34 kan?,” katanya kepada xtra.com.

Tahun lalu, Wany dikritik hebat di media sosial menerusi persembahan lagu Menahan Rindu.

“ Kalau nak ikutkan, saya memang fobia nak sertai pertandingan sebegini tetapi saya perlu positif.

“ Sudah di peringkat separuh akhir juga saya sudah bersyukur. Untuk tahun 2018, ini antara pencapaian baik yang sudah dilakukan. Di setiap persembahan live, saya berusaha untuk memperbaiki mutu persembahan,” katanya.

Jumaat lalu, Wany tampil dengan lagu Rintihan Rindu ciptaan Ibnu dan Gouffran di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 33. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

King Coco Pertahan Peniaga Barangan Fake?

Bintang Insta terkenal ini nampaknya tak ‘pilih bulu’ dalam membuat paid review. Original atau fake item, asalkan barang itu baik untuk diguna pakai, why not kan?

Hiburan Fri, 10 May 2019

「大马好女声」林文荪608办售票音乐会

「大马好女声」林文荪608首场个人售票音乐会!明早10时开始售票~

Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Thu, 21 Jul 2022

Hati Ellie Suriaty Terpaut, Ini Sebab Kaka Azraff Dipilih Bawa Watak Isteri Setia Berbasikal Ke IPD Gerik

Wahhh, tak sabarnya min nak tunggu filem ni. Tengok iklan pun dah mengalirkan air mata… mesti hebat lakonan Kaka jadi Saadiah!

Featured Fri, 24 Jan 2025
Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Featured Wed, 29 Sep 2021
Featured Tue, 18 Oct 2022
error: Content is protected !!