Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 9, 2019 @ 9:32pm

Kehadiran Aafiyah Gamatkan Majlis Hari Jadi Ala Bohemian Catriona Ross

Baru-baru ini pelakon versatil yang dikenali sebagai Catriona Ross telah menyambut hari jadinya yang ke-39 pada 2 September 2019 di Fukuoka, Jepun berduaan dengan suaminya. Semalam, bintang jelita ini dikelilingi lebih kurang 36 orang kenalan rapatnya dari zaman persekolahan sehingga lah sekarang di satu majlis ala ‘bohemian chic’ yang dianjurkan untuknya.

 

 

Bertempat di The Farm Foodcraft di The Sphere, Bangsar South, dekorasi restoran yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan dan pencahayaan yang sangat ‘Onz’ ini membuatkan setiap sudut ‘very instagram worthy’. Konsep ‘from farm to plate’ restoran ini amat sesuai dengan peribadi Catriona yang mementingkan pemakanan sihat dan segar. Salad adalah dari taman hidroponik restoran itu sendiri, it can’t get any fresher than that! Kek hari jadinya yang bebas dari gluten dan gula adalah dari  Kind.dessert yang dari dahulu menjadi pilihan pelakon ini bagi kek dan pemanis mulut.

 

“Saya memilih restoran yang menyediakan makanan berkhasiat bebas dari sebarang perasa tambahan dan pengawet kerana saya dan ramai teman-teman saya mementingkan gaya hidup sihat dan benda yang paling asas ialah pemakanan yang betul. Saya mahu semua teman-teman saya seronok menjamu selera dengan makanan yang sememangnya sihat dan segar untuk badan masing-masing.” jelas Catriona ketika ditemubual wartawan Xtra.

 

 

Catriona yang memilih tema ‘bohemian’ di dalam rona putih dan ‘nude’ (warna kulit) untuk majlis hari jadinya memukau setiap mata yang memandang di dalam gaun putih rekaan Azlan Husni yang membuatkan dirinya kelihatan begitu anggun persis seorang puteri! Malahan semua tetamu yang hadir juga mengikut tema warna majlis itu. 

 

 

Majlis menjadi lebih gamat apabila si cilik Siti Aafiyah, sedang bermain di kawasan berhampiran dan Catriona dan teman-temannya telah mengambil kesempatan untuk bergambar dengan anak kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang sedang makan di restoran berdekatan. Anyway, enjoy the last of your 3 series, Catriona! Selamat Hari Jadi dari team Xtra.           

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 5 Dec 2018

Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Tak nak pening kepala lagi hilangkan bau durian dalam kereta apa kata cuba tips ini

Featured Sun, 6 Mar 2022
Featured Tue, 7 Sep 2021

Hampir 69 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Setakat Semalam

Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter […]

Hiburan Fri, 6 Jul 2018

Sweet! A. Aida Dilamar Pelakon Muda

Majlis resepsi pula berkemungkinan akan diadakan di rumah percutian di Janda Baik, Pahang pada pada 20 April tahun depan sempena tarikh hari lahir A. Aida.

Featured Tue, 8 Nov 2022

“Slow Sikit” – Ratu Farah Nyanyi Lagu Ku Bersuara Ernie Zakri, Ini Respons Syamel

Pempengaruh Tik Tok, Ratu Farah kembali mencuri perhatian netizen kerana menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri disamping penyanyi Syamel. Ratu dengan yakin menyanyikan lagu itu seolah-olah cuba menandingi kelunakan suara Ernie Zakri tanpa menghiraukan […]

error: Content is protected !!