Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal April 27, 2019 @ 10:10am

Kejadian Letupan Bom Terbaru Di Sri Lanka

Pihak berkuasa Sri Lanka meneruskan operasi untuk menjejak saki baki pengganas berikutan kejadian serangan berani mati di sana.

Operasi dijalankan di kawasan-kawasan yang disyaki menjadi tempat penganas tersebut bersembunyi. Malangnya, ketika cuba untuk menyerbu sebuah rumah, satu kejadian tidak dijangka telah berlaku.

Memetik laporan Bernama, pengganas telah melepaskan tembakan sebaik sahaja pihak tentera menyerbu masuk ke sebuah kediaman yang dipercayai diduduki oleh anggota pengganas. Disebabkan serbuan itu, para pengganas terus langsung meletupkan diri di dalam rumah terbabit.

Pihak polis Sri Lanka mengesahkan bahawa bahawa serangan letupan yang berlaku malam tadi telah mengorbankan 15 orang.

Lebih menyayat hati, 6 orang daripadanya adalah kanak-kanak. Insiden sadis terbabit terjadi di bandar Kalmunai timur negara itu.

Menurut jurucakap tentera, terdapat tiga letupan yang berlaku ketika pihak tentera mendekati rumah berkenaan.

Sumber : express.co.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 May 2024
Featured Tue, 23 May 2023

Pilih Bidang Seni Untuk Ekspresi Diri, Arena Wan Hidap Penyakit DLD – “Saya Kena Baca Sepuluh Kali…”

Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, fly high Arena!

Hiburan Sat, 18 Feb 2023
Featured Thu, 31 Mar 2022
Hiburan Sat, 16 Sep 2023
error: Content is protected !!