Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 15, 2025 @ 6:22pm

Gigih Buat Cover Lagu, Kelly Azman Sangkal Dakwaan Jahanamkan Karya Penyanyi Popular – “Tunggu, Ada 14 Lagu Lagi”

Pengacara dan penyanyi Kelly Azman menyangkal dakwaan dirinya sengaja merosakkan karya anak seni lain apabila sering menyanyikan semula atau melakukan ‘cover’ terhadap lagu-lagu popular tempatan.

Pernah menyanyikan kembali naskhah Masing Masing nyanyian asal Ernie Zakri, Bukan Lagi Kita (Nadeera), Menjaga Jodoh Orang Lain (Ara Johari), Nurcinta (Amir Masdi) dan yang terbaharu, Pernah (Dayang Nurfaizah), nyanyian Kelly menerima pelbagai respons orang ramai.

“Sebagai seorang penghibur, saya tidak melihat sebarang kesalahan dalam menggunakan platform yang ada untuk berkarya.

“Secara tidak langsung, usaha saya turut membantu mempromosikan karya penyanyi tempatan. Saya memilih untuk menyanyikan semula lagu-lagu popular kerana lagu-lagu tersebut mendapat sambutan ramai. Saya hanya memeriahkan lagi popularitinya.

“Menyanyi adalah minat saya dan ini adalah cara saya menonjolkan diri dengan menyampaikan semula lagu-lagu yang sedang tular.

“Saya tidak mencalarkan lagu-lagu tersebut, jadi kenapa ada yang mendakwa saya merosakkannya? Adakah hanya kerana suara saya tidak sedap?

“Saya sedar, saya bukan seorang penyanyi profesional tetapi seorang penghibur. Saya hanya menyanyikan semula lagu dan membuat parodi karya artis Malaysia,” jelasnya.

Tambah penyanyi lagu No No No ini, dia tidak serik walaupun dikecam warganet dan Kelly teruja kerana dia bakal muncul dengan 14 lagu cover lain di tahun 2025.

“Walaupun menerima kecaman, saya tidak akan berputus asa. Untuk tahun 2025, saya sudah merancang untuk menyanyikan semula 14 buah lagu, dengan sasaran dua lagu setiap bulan.

“Setiap insan seni ada cara tersendiri untuk berkarya, dan inilah cara saya sebagai seorang penghibur. Ini juga merupakan salah satu punca rezeki saya.

“Bagi setiap video muzik, saya membelanjakan sekitar RM5,000, dan segala kos ditanggung sendiri. Ini adalah hasil usaha saya sepenuhnya. Pada masa yang sama, saya turut membantu mempromosikan lagu-lagu artis tempatan.

“Apabila saya viral dan orang tengok, tawaran kerja untuk saya tidak berhenti. Jika dahulu orang panggil saya mengacara, kini orang panggil saya menyanyi selepas melihat aksi saya di media sosial,” jelasnya.

Kelly ditemui XTRA di majlis preview buffet Ramadan 2025 di Hotel St Giles Boulevard, Mid Valley, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Kelly bakal bergandingan dengan penyanyi Ani Maiyuni bagi memeriahkan suasana dengan persembahan istimewa sepanjang sesi berbuka puasa di hotel tersebut sepanjang bulan Ramadan.

“Alhamdulillah, sudah 14 tahun saya membuat persembahan bersempena Ramadan di hotel namun tahun ini tahun pertama saya berada di hotel baharu iaitu Hotel St Giles Boulevard, Mid Valley.

“Saya bersyukur atas rezeki yang tidak putus dan berharap segalanya dipermudahkan bersama Ani Maiyuni pada bulan puasa nanti,” katanya.

Buffet Selera Bonda menawarkan hidangan menarik pada harga berpatutan iaitu RM118 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak.

Pelanggan yang membuat tempahan awal sebelum 4 Mac boleh menikmati harga promosi early bird pada kadar RM85. Untuk sebarang tempahan, sila hubungi Anis di talian 012-4008691.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Jun 2023

Bunyi Tak Elok, Shila Amzah Bersuara Soal #ShiBai – “Tolong Hormat, Kalau Buat Juga Tak Ada Otak!”

Cuba korang suggestkan # apa yang sesuai untuk Shila & Ubai? 🫣❤️🤪

Featured Tue, 5 May 2026

“Mohon Maaf Dunia Akhirat Tak Dapat Jumpa Abang”- Noorkhiriah Sifatkan Arwah Jalil Hamid Insan Yang Terlalu Baik

Noorkhiriah yang menyifatkan arwah sebagai seorang insan yang terlalu baik.

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Sering Diaju Soalan ‘Bila Nak Ada Anak’, Fattah Amin Mula Bersuara!

Pelakon KL Special Force ini turut memohon peminat mendoakan agar dia dan isteri dikurniakan zuriat seterusnya hidup bahagia hingga hujung nyawa.

Featured Sat, 18 Feb 2023
Featured Sun, 17 Oct 2021

Ibu Kepada 9 Anak Dijatuhi Hukuman Gantung

Tular satu video apabila seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, […]

Trending Wed, 6 May 2020
Trending Sat, 30 Jan 2021

“Saya Resah, Tak Boleh Lelapkan Mata…” – Usop

Kenapa sampai tak boleh tidur? Usop ok tak tu?

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

SUARA FATHIA LATIFF NOT BAD?

Fathia Latiff mempunyai ton suara dan karakter tersendiri untuk bergelar sebagai seorang penyanyi. Malah, beliau juga mengakui sudah mempunyai lagu yang sesuai untuk pelakon kontroversi itu

Events Tue, 8 Feb 2022

Alami 9 Keriangan & Pengalaman Menakjubkan Di SkyWorlds Genting Highlands!

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keriangan di SkyWorld of Genting!

error: Content is protected !!