Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 28, 2024 @ 5:38pm

‘Kemaafan Dendam Yang Terindah’ Nyanyian Aishah Viral Semula, Netizen Suka Semua Versi – “Jangan Bandingkan Dengan Sesiapa”

Tular kini di media sosial apabila lagu hits Kemaafan Dendam Yang Terindah nyanyian Datuk Aishah kembali menjadi siualan ramai terutamanya di TikTok.

Siapa sangka lagu yang berusia lebih 30 tahun ciptaan penulis lirik prolifik, Datuk Habsah Hassan itu kekal malar segar kepada pendengar.

Kemaafaan Dendam Yang Terindah menjadi single utama dan diletakkan dalam track pertama dalam album solo kedua Aishah yang berjudul Aishah II.

Di TikTok, tular semula sebuah video yang memaparkan Aishah menyanyikan lagu ikonik tersebut di sebuah acara.

Tampil dengan vokal yang memukau, ternyata nyanyian pemilik nama lengkap Wan Aishah Wan Ariffin itu berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

@azrijiwang98 ⚜️Kemaafan Dendam Yang Terindah⚜️ #assalamualaikum #kemaafandendamyangterindah #aisyah #lipsync #azahariazri #azrijiwang98 #azri98 #fyp #masukberanda ♬ original sound – Azrijiwang98


Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi terhadap persembahan mantap Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-10 itu.

Rata-ratanya menyifatkan lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah nyanyian Aishah sentiasa terbaik malah ramai juga menyifatkan Aishah adalah penyanyi legenda yang disegani kini.

Biarpun lagu tersebut kini menjadi siulan, ada juga yang menegaskan agar nyanyian Aishah tidak dibandingkan dengan mana-mana penyanyi lain yang menyanyikan semula lagu tersebut.

Kemaafan Dendam Yang Terindah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Thu, 21 Feb 2019
Trending Tue, 22 Oct 2019
Featured Thu, 27 Nov 2025

Syafiq Kyle Beli Kereta Mewah Jenis Mercedes G Wagon – “Ini Baru Ada Gaya”

Video berdurasi 32 saat yang dikongsikan memperlihatkan Fuad telah menyerahkan sendiri kereta pacuan empat roda jenis Mercedes G Wagon 350d AMG milik aktor itu.

Hiburan Tue, 19 Nov 2024
Featured Thu, 25 Nov 2021

Polis Siasat Insiden Lelaki Nyaris Digilis Lori Kontena Ketika Isi Angin Tayar Motosikal

Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian membabitkan seorang lelaki yang hampir digilis sebuah lori kontena di pekarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman pada pagi Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner […]

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

Lepas Berdamai, Taylor Swift Ajak Katy Perry Jadi ‘Burger’ Dalam Muzik Video YNTCD

Selepas 13 jam tayangan video muzik tersebut telah mendapat 12 juta tontonan di YouTube.

Featured Mon, 30 Jun 2025
Trending Fri, 9 Apr 2021
error: Content is protected !!