Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 27, 2023 @ 5:37pm

Kembar Cantik Aisha Hanim Dedah Rahsia Turun Sehingga 13 Kilogram – “Kami Tak Makan…”

Demi mendapatkan badan langsing serta berat badan idaman, penyanyi duo cantik, Aisha Hanim tidak menikmati hidangan berunsurkan nasi selama empat bulan.

Menurut Nooraisha Farizan Abu Bakar dan Hanim Fariza Abu Bakar yang merupakan kembar seiras, mereka menggantikan nasi dengan hidangan lain dan berjaya mengurangkan berat badan sehingga 13 kilogram.

“Sebenarnya tak dinafikan, kami mula nekad nak berdiet sejak tahun lalu. Kenalan asyik tanya, bila dah kurus ni, kami makan apa?

“Senang saja, jangan makan nasi! Sejujurnya, ada masa kami ‘moody’ dan emosi kerana diet, sampai ada tempoh tu berminggu-minggu tak keluar rumah jumpa kawan-kawan.

“Mungkin sebab kami berdua kembar, jadi kami bulatkan tekad dan kami pun sering berdua, jadi nak buat aktiviti pun bersama. Bila kami berdua berpakat, hasilnya itu menjadi,” kata Aisha.

Tambah Hanim pula, mereka juga tidak lupa untuk bersenam bersama di rumah untuk mendapatkan berat badan idaman.

“Sepanjang kami sama-sama diet, kami sokong satu sama lain. Kami saling berpesan, sering beri motivasi. Kami jaga pemakanan, tidak mengambil gula dan garam, kami elak makan nasi, kami nikmati makanan gantian.

“Bukan sahaja risau dengan keadaan tubuh badan, kami juga risau dengan masalah kesihatan lain seperti kolestrol dan sebagainya. Alhamdulillah, selepas berhempas pulas diet, berat badan saya turun sebanyak 13 kilogram manakala Aisha pula dalam hampir 10 kilogram,” kata Hanim.

Dalam perkembangan lain, mereka muncul dengan lagu Raya Rumah terbuka bersempena ketibaan Syawal.

Lagu raya yang mengetengahkan konsep irama kugiran dengan suntikan elemen tradisional itu ditulis oleh Omar K dan lirik oleh Hanis Rafi serta Firdaus Rahmat.

“Lagu ini juga adalah cara kami untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri itu sendiri. Kami cuba membawa pendengar kembali ke zaman kanak-kanak, ketika Aidilfitri disambut dengan penuh keriangan.

“Kami selesa bekerjasama dengan Omar K. Dia faham hala tuju muzik dan senang untuk berbincang. Raya Rumah Terbuka menggabungkan elemen tradisional dan kugiran serta lirik yang mengimbau nostalgia Aidilfitri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Apr 2025

Kongsi Detik Pertemuan, Pandemik ‘Buka Hati’ Neelofa & PU Riz

Neelofa berkongsi detik pertemuan bersama suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan, PU Riz.

Featured Thu, 18 Feb 2021
Featured Thu, 18 Dec 2025

Poster Duyung: Legenda Aurora Sekadar Gimik, Razak Mohaideen Perjelas Strategi Promosi Filem

Menurut Razak, pendekatan itu digunakan bagi memastikan filem tersebut mendapat pendedahan meluas.

Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Jom Dapatkan Set Borderless Alha Alfa Istimewa Sempena ABPBH 32!

Nombor telefon sebenar untuk dihubungi bagi pembelian dan maklumat produk adalah 011 1036711

Featured Wed, 21 Dec 2022

Berat Badan Sukar Turun Lepas Bersalin, Ernie Zakri Menangis Depan Syamel

Sebab tu sokongan suami dan orang sekeliling tu penting!

Featured Thu, 18 Aug 2022

Menari Di TikTok, Kasih Iris Leona Dikecam Gara-Gara Pakaian Ketat

Nak tegur boleh tapi hati-hati dalam berkata-kata 😊

error: Content is protected !!