Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 6, 2018 @ 11:25am

Kenapa Nana Berminat Cari Protege Bujang?

Penyanyi Siti Nordiana yang terbabit dalam program Mentor 7 memberitahu dia lebih berminat mencari protege berstatus solo.

Tambahnya, Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana juga dalam proses mencari pelapis yang boleh digilap untuk bernaung di bawah syarikat pengurusannya, SND Soul.

“ Syarat diberikan bersandarkan pengalaman sendiri. Bukan saya tidak minat peserta yang sudah berkahwin. Jika dia bagus dan boleh memberikan sepenuh komitmen, kenapa tidak? Sebagai penyanyi yang memulakan kerjaya sejak sekolah lagi, saya sudah melalui banyak peralihan.

“Daripada fasa solo, berkahwin dan kemudian menjadi ibu tunggal, semua laluan sudah saya jalani,” katanya.

Memetik kenyataan Nana kepada BH Online, ibu satu anak ini mengaku bukan mudah menyusun masa apabila sudah berkahwin.

“ Perlu bersemangat untuk memastikan semua urusan lancar.

 “ Cuma, kalau rasa dia mampu memenuhi segala syarat dan paling penting memiliki vokal serta mahu belajar, silakan datang ke uji bakat nanti,” katanya.

Sesi uji bakat akan bermula di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, disusuli Sri Pentas pada 8 dan 9 September depan membabitkan pencarian protege Syafinaz, diikuti Aizat (15 dan 16 September), Hafiz (22 dan 23 September) dan Siti Nordiana (29 dan 30 September).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Sep 2025
Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Siti Nurhaliza Rupanya Mahir Bersilat?

Jaga-jaga jangan tersilap langkah ya?

Featured Tue, 25 Nov 2025

Luahan Cik B Pada Video DSV Undang Sebak, Leona Tampil Titip Kata Semangat – “You Are Perfect As You Are…”

Cik B sentuh hati ramai selepas memuat naik kapsyen ringkas pada video tersebut.

Kisah Viral Thu, 28 Dec 2023
Hiburan Sat, 13 Sep 2025
Featured Mon, 15 Jun 2026

Individu Bosan Tengok Lakonan Beto Kusyairy, Mimi Lana Komen: “Saya Tak Bosan! Kalau Semua Cerita Ada Dia, Hari-Hari Saya Tengok”

Kata Mimi, dia tidak pernah bosan melihat lakonan Beto Kusyairy bahkan sanggup menonton lakonan aktor itu setiap hari.

error: Content is protected !!