Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin October 30, 2019 @ 1:29pm

Kenapa perlu mandi air sejuk setiap pagi?

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Kebanyakan orang akan mandi menggunakan air panas pada waktu pagi dengan alasan tidak tahan sejuk. Air panas diibaratkan sebagai penawar terbaik bagi melegakan badan lesu atau mampu membunuh bakteria.

Ramai juga beranggapan bahawa air panas boleh membantu menguruskan badan dan membakar lemak. Air panas sebenarnya memudaratkan tubuh dan mempercepatkan pembiakan bakteria. 

Mungkin kerana itu, ramai orang tidak tahu bahawa mandi pagi menggunakan air sejuk mempunyai banyak kelebihan dan boleh menjadi terapi untuk badan.

Antara manfaat mandi menggunakan air sejuk pada waktu pagi adalah: 

1. Membakar lemak  

Foto: lifestyle.okezone.com

Badan manusia mempunyai dua jenis tisu lemak iaitu lemak coklat dan lemak putih. Lemak putih adalah lemak yang susah untuk dibuang, lazimnya ada pada paha, perut, pinggang dan leher. Ia terkumpul apabila anda makan lebih banyak kalori daripada yang sepatutnya. 

Lemak coklat pula ialah lemak baik yang menghasilkan haba bagi memanaskan tubuh badan. Apabila seseorang itu mandi air sejuk,  lemak coklat tersebut akan aktif lalu membakar kalori dan juga meningkatkan kadar metabolisme badan.

2. Melancarkan aliran darah 

Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung kerana ia mampu mengelakkan hipertensi dan pengerasan dinding arteri. Oleh itu, apabila mandi menggunakan air sejuk, arteri darah mengecut yang membolehkan darah mengalir pada tekanan yang lebih tinggi dan lancar. Selain itu, darah akan lebih cepat mengalir ke organ-organ utama dalam badan. 

3. Kulit dan rambut lebih sihat

Foto: profhariz.com

Air panas  mampu mengeringkan kulit dan rambut. Sebaliknya, air sejuk boleh membuatkan rambut kelihatan lebih berkilat dan menutup kutikel pada rambut. Selain itu, kulit tampak lebih sihat kerana ia mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori. Bukan itu sahaja, ia akan mengurangkan potensi tersumbat dan adanya jerawat. 

4. Meningkatkan imunisasi badan 

Mandi air sejuk pada waktu pagi dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Ia akan melancarkan peredaran darah putih yang melawan virus lalu anda akan kurang jatuh sakit! Kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk akan mengaktifkan sel sistem imunisasi dan menghasilkan lebih banyak sel darah putih. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Mar 2020

Kira kalori minimum untuk turunkan berat badan

Hasilnya pasti mengujakan, jom buat!

Featured Fri, 15 Jun 2018

Rupanya 4 Punca Ini Yang Buatkan Anda Kerap Sakit Belakang. Sila Ambil Tahu!

Jangan ambil mudah dengan masalah sakit belakang yang kerap. Ketahuilah puncanya!

Featured Wed, 18 Mar 2020
Featured Fri, 18 May 2018

Penggunaan Benang Floss Memang Penting Untuk Kesihatan Gigi Tapi Jangan Guna Jenis Ini, Membahayakan!!

Walaupun kedua-duanya mempunyai kegunaan yang sama, cara penggunaannya adalah berbeza.

Sihat Tue, 24 Jul 2018

4 Punca Tahi Telinga Mengeras Yang Wajib Anda Tahu

Kalau nak membersihkan tahi telinga, tidak perlu mengoreknya menggunakan cotton bud!

Sihat Tue, 28 Aug 2018
Featured Thu, 26 Mar 2020

Tunku Azizah mohon rakyat doakan keselamatan baginda sekeluarga

Turut bimbang 9 petugas yang disahkan positif COVID-19

Featured Thu, 19 Dec 2019
Sihat Thu, 25 Oct 2018

Keracunan Makanan Boleh Menyebabkan Kematian Berpunca Daripada Bakteria Salmonella. Hati-Hati!

Bakteria Salmonella inilah punca 2 kes kematian akibat makan mi laksa di Kedah.

Sihat Sun, 23 Dec 2018

Telinga Berdesing? Mungkin Anda Mengalami Salah Satu Daripada Masalah Ini

Kalau sakit telinga tu, jangan dibiar-biar, segera bertemu doktor ya!

error: Content is protected !!