Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops July 26, 2018 @ 12:02pm

Kerana Pakai Kasut Berlampu LED, Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Lecur Kimia!

Sejak beberapa tahun lalu, kasut yang berlampu memang telah menjadi trend bagi fesyen kanak-kanak.

Si kecil mungkin gemar apabila setiap langkahnya diikuti dengan kerdipan lampu, sama ada merah atau biru. Nampak cool!

Tapi tahukah anda? Alat yang membuatkan kasut ini nampak menariklah yang boleh menyebabkan si pemakainya cedera.

Tak percaya? Ia telah berlaku ke atas seorang kanak-kanak lelaki dari New York yang bernama Peyton. Dan ia bukannya jenis cedera seperti kaki melecet, tapi tapak kakinya melecur teruk!

Dan jenama kasut ini bukan calang-calang brand! Anda mesti pernah dengar jenama kasut Skechers, bukan? Itulah jenama kasut yang bersalah dalam kes ini.

Jom kita baca kisah Peyton.

Foto: Sherry Foster

Peyton Foster, 9, telah memakai kasut sneakers S-Light jenama Skechers ketika dia menghadiri acara Water Day di sekolahnya.

Dah nama pun Water Day, mestilah acara itu melibatkan aktiviti berair, jadi mestilah kasutnya basah.

Dia telah memakai stoking pada waktu itu, tapi malam hari yang sama, Peyton mula merasa tak selesa.

Ibunya Sherry telah periksa dan mendapati kaki Peyton kemerah-merahan. Dia menganggap yang Peyton mungkin kesejukan setelah bermain air di sekolah tadi.

Esoknya pula, Peyton mengadu yang kakinya sakit setelah pulang dari sekolah, seperti kakinya terbakar. Sherry periksa lagi dan mendapati yang kakinya bukan saja dua kali ganda lebih merah tapi ia juga nampak melecur!

Foto: Sherry Foster

Mereka telah merujuk kepada pakar kaki yang bertanyakan apa yang telah berlaku. Ketika itulah Sherry menyedari yang lampu LED daripada kasut Peyton sudah tak menyala.

“Ia memberi petunjuk kepada kami yang kasut berlampu inilah yang telah membawa masalah,” katanya.

Rupa-rupanya, apabila kasut berlampu itu basah, baterinya mula mengeluarkan bahan kimia yang membakar kaki Peyton ketika dia berjalan.

Oleh kerana itu, Peyton didiagnosis mengalami luka melecur kimia tahap 2 dan 3 di sepanjang tapak dan jari kakinya.

“Peyton tak boleh berjalan, berlari, pergi berenang atau apa saja yang boleh menyakitkan lagi kakinya. Kami terpaksa mengangkatnya ke mana-mana. Saya rasa teruk sekali.”

“Saya tak sangka langsung perkara ini boleh berlaku kerana bukankah kasut ini dibuat untuk kanak-kanak? Sepatutnya ia selamat dipakai,” kata Sherry.

Dia berkata lagi yang Peyton adalah seorang yang aktif tapi kejadian ini berlaku pada hari pertama dalam musim cuti sekolah.

Jadi Peyton tak berupaya untuk keluar bermain dengan rakan-rakannya kerana kakinya berbalut. Dia terpaksa memakai krim khas untuk menyembuhkan kesan lecur tersebut selama 3 minggu.

Foto: Sherry Foster

Awas!

Jadi, ibu bapa yang telah membeli kasut berlampu sebegini atau ingin membeli untuk anak mereka, anda tahu sekarang apa yang boleh terjadi.

Sherry juga ingin memberi peringatan tentang jenama kasut yang terkenal ini. “Kami selalu membeli kasut dari Skechers dan tak pernah ada masalah.

“Kasut Peyton adalah jenis Skechers Rays, dan lampunya mempunyai butang on dan off. Ketika kejadian ini berlaku, lampunya tak dibuka. Walau bagaimanapun, kecelakaan tetap berlaku.

“Jika anda membeli kasut jenis ini, saya sarankan yang anda tak biarkannya basah, macam apabila si pemakai bermain dalam lecah. Berhati-hati, ya!”

Foto: Sherry Foster

Teknik penjagaan

Jika anak anda mempunyai kasut berlampu LED, pastikan anda ikuti cara-cara penjagaan ini:

1. Jangan biarkan kasut ini basah. Pada waktu hujan, jangan biarkannya pakai. Walaupun ia takkan rosakkan kasut tersebut, baterinya boleh rosak dan keluarkan bahan kimia yang membahayakan.

2. Jangan tinggalkan kasut ini dalam kereta yang berada di bawah panas matahari. Suhu tinggi boleh membuatkan bateri kasut tersebut meletup. Jadi simpankannya di tempat yang tak terkena cahaya matahari langsung.

3. Jangan cuci kasut dalam mesin basuh. Sebaliknya, untuk cuci, gunakan kain dan air suam yang bercampur dengan sabun lembut.

Sumber: theAsianparent, The Sun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 21 Apr 2020
familuv Thu, 17 Nov 2022

“I Sayang You, Honey” – Sweet Betul Ucapan Alyah Sempena Birthday Tok Ram!

Penyanyi terkenal, Datin Alyah menitipkan ucapan istimewa bersempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.   View this post on Instagram   A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) Alyah […]

familuv Wed, 10 Aug 2022

“Nak Anak Angkat Tak?” – Bercuti Di Negara Sejuk, Netizen Tawar Diri Untuk Jadi Anak Hairul Azreen

Hairul Azreen dan keluarga bercuti di negara sejuk mendapat perhatian netizen.

familuv Wed, 6 Mar 2019
familuv Thu, 5 Jul 2018
familuv Thu, 2 Aug 2018

9 Barang Lazim Di Rumah Yang Boleh Mengancam Keselamatan Anak Anda

Sentiasa prihatin terhadap apa yang ada di rumah anda.

familuv Mon, 21 Jan 2019

Is it safe to eat imitation crab sticks while you’re pregnant?

Find out the benefits and dangers of this food.

Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
familuv Thu, 13 Sep 2018
familuv Mon, 16 Mar 2020
error: Content is protected !!