Euforia Bola 2026
familuv By: Fadzlena Jafar April 21, 2020 @ 12:08pm

Wanita hamil boleh tinggal puasa dengan bersyarat

Antara isu bagi wanita terutama wanita yang hamil ketika berpuasa ialah keletihan yang ketara pada trimester pertama dan kedua.

Pada enam bulan pertama itu wanita dinasihatkan supaya mengambil makanan yang mencukupi bagi memastikan perkembangan janin yang sihat.

Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Mantin, Dr Zainab Kusiar menerusi tulisannya dalam portal MyHealth, berkata pengambilan makanan berkhasiat penting sepanjang kehamilan bukan sahaja untuk bayi dalam kandungan, tetapi juga kesihatan ibu berkenaan.

Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Mantin, Dr Zainab Kusiar. (Gambar hiasan/Kredit Facebook Klinik Kesihatan Nilai Official)

“Selain memastikan perkembangan janin yang sihat, wanita hamil perlu mengambil makanan seimbang untuk mengekalkan kesihatannya, terutama memenuhi keperluan khasiat dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian ketika hamil.

“Jika wanita hamil kurang berat badan, dia perlu menambah antara 12 hingga 18kg, manakala jika berat badan normal sebelum hamil, dia perlu menambah antara 11 hingga 16kg,” tulisnya.

Keperluan itu menyebabkan timbul persoalan mengenai wanita hamil. Ramai wanita hamil yang bimbang mereka tidak mempunyai alasan kukuh untuk meninggalkan puasa ketika Ramadan.

Selain itu, timbul juga kekeliruan bagi wanita yang meninggalkan puasa pada Ramadan lalu kerana hamil, sama ada mereka perlu mengqada puasa dan membayar fidyah.   

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam tulisannya menerusi laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berkata kebanyakan mazhab mempunyai pendapat yang berbeza mengenai hukum bagi wanita hamil untuk meninggalkan puasa.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan penelitian dan kecenderungan Malaysia terhadap pendapat mazhab Syafie, pihaknya membuat ketetapan persoalan mengenai keringanan bagi wanita hamil sepanjang Ramadan.

 “Selepas meneliti dalil, kami lebih cenderung pada pendapat mazhab Syafie dan Hanbali yang menyatakan wanita hamil dibenarkan untuk meninggalkan puasa dan hendaklah wanita itu qada jika bimbang terhadap diri sendiri sahaja.

“Jika wanita berkenaan bimbang akan dirinya dan anaknya, maka hendaklah diqada tanpa perlu membayar fidyah, tetapi jika dia bimbang akan anak dalam kandungan tanpa dirinya, maka diwajibkan qada jika berbuka dan dibayar fidyah,” tulisnya.

Dr Zulkifli yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyatakan antara dalil umum dalam isu ini datangnya daripada hadis Anas bin Malik RA:

Pembayaran fidyah pula berdasarkan kadar harga beras semasa, iaitu makanan asasi penduduk yang disempurnakan mengikut bilangan hari ditinggalkan, manakala kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat.

Gambar utama: gambar hiasan/NSTP/e-mel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Aug 2022

Teruk Dikecam Hingga Murung Sebulan, Pengarah Aziz M Osman Dedah Punca Sebenar Filem XX Ray 3 Kurang Menyengat – “Malang Sekali Timbul Keadaan Bila….”

Setelah sekian lama, akhirnya pengarah Aziz dedah punca sebenar isu filem XX Ray 3. Tak sangka ya sampai macam tu sekali 😣

Featured Sun, 4 Dec 2022
Featured Fri, 1 May 2020
Featured Mon, 5 Feb 2024
Featured Thu, 16 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Syafeek & Zazo Makin Rapat, Achik & Maria Kembali Gegarkan Pentas… Jom Intai Persiapan Separuh Akhir!

Setelah mengharungi enam episod, pentas Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) melangkah ke pusingan separuh akhir pada Ahad ini. Pasya & Puteri, Hariz & Wanie, Syafeek & Zazo, Malhamka & Yuveena serta pasangan ‘wildcard’, Achik & […]

Featured Mon, 27 Oct 2025

Zizi Kirana Titip Pesan Hidup Bukan Tentang Meraih Pujian Manusia

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana menitipkan pesanan mendalam tentang erti kehidupan sebenar.

Acara Fri, 25 Oct 2019

Parti Halloween Day of The Dead di Lost World of Tambun mengujakan!

Festival Seni Tengkorak meriahkan parti Halloween LWOT

Featured Mon, 2 Aug 2021

“Tak Kekwat, Lain Dari Yang Lain..”- Penampilan Pertama Nabila Huda Sebagai Hos Melodi Buat Ramai Teruja

Penampilan pertama aktres berbakat, Nabila Huda sebagai hos Melodi semalam ternyata mencuri perhatian ramai. Menerusi rancangan Melodi yang bersiaran jam 12.30 pada hari Ahad semalam, dilihat ramai netizen yang meninggalkan komen positif setelah menonton rancangan […]

error: Content is protected !!