Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 16, 2021 @ 9:09pm

Lagu Cinta Kita 3: Syafeek & Zazo Makin Rapat, Achik & Maria Kembali Gegarkan Pentas… Jom Intai Persiapan Separuh Akhir!

Setelah mengharungi enam episod, pentas Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) melangkah ke pusingan separuh akhir pada Ahad ini.

Pasya & Puteri, Hariz & Wanie, Syafeek & Zazo, Malhamka & Yuveena serta pasangan ‘wildcard’, Achik & Maria bakal berentap untuk mara ke pusingan akhir.

Debaran yang kian memuncak membuatkan kelima-lima peserta LCK3 membuat persiapan sebaik mungkin untuk memberikan persembahan yang terbaik Ahad ini.

Menerusi tema Cinta OST, peserta LCK3 telah memilih lagu yang serasi serta mencabar diri mereka untuk dinyanyikan pada pentas separuh akhir nanti.

Pasangan Pasya & Puteri yang berjaya merangkul gelaran pasangan terbaik NIVEA minggu lalu memilih OST drama Jika Itu Takdirku yang dinyanyikan oleh Hazama berjudul Relakan Jiwa.

Menurut mereka, walaupun sedikit gementar, mereka merasa seronok dalam persiapan ke pentas separuh akhir.

Bagi pasangan Hariz & Wanie pula, buat pertama kalinya mereka akan membawakan lagu bahasa Inggeris berjudul I Want To Spend My Lifetime Loving You oleh Marc Anthony & Tine Arena, OST filem The Mask of Zorro.

Antara sebab Hariz & Wanie memilih lagu cinta balada ini kerana kekuatan mereka berdua dalam membawakan lagu balada.

Melihat kepada pasangan yang dikatakan paling ‘sweet’, Syafeek & Zazo, mereka akan mempersembahkan lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa oleh Anuar Zain bertajuk Sedetik Lebih.

Syafeek & Zazo berkata, lagu ini mempunyai maksud nilai cinta yang mendalam yang mana mereka pasti dapat menyerlahkan keserasian mereka di atas pentas nanti.

Syafeek juga akui sepanjang program LCK3 ini berjalan, hubungan antara dirinya dan Zazo semakin lama semakin rapat.

Bagi pasangan yang hampir disingkirkan minggu lepas, Malhamka & Yuveena berkata, mereka agak sedih dan sedikit terkejut apabila berada di dalam situasi itu kerana juri jemputan suka dengan persembahan mereka.

Namun, perkara itu menjadi motivasi untuk mereka memberikan persembahan yang terbaik Ahad ini dengan memilih lagu Haqiem Rusli berjudul Mimpi, OST Bidadari Salju.

Pasangan ‘wildcard’, Achik & Maria yang kembali semula ke pentas LCK3 menerusi undian mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang mengundi.

Achik & Maria berusaha untuk mencari keserasian diantara mereka semula setelah lama tidak beraksi diatas pentas bersama.

Menurut Achik, pernah ada isu yang berlaku diantara mereka sebelum ini namun mereka sudah lama berbaik selepas melakukan perbincangan mendalam.

Pasangan ini akan membawakan lagu Jangan Khianati Aku nyanyian Azlan & The Typewriter yang merupakan OST Pesan Pada Hati.

Jangan lupa untuk menonton episod separuh akhir Lagu Cinta Kita 3 pada Ahad ini jam 9 malam di TV3 atau strim live HD di www.tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia Official.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Jul 2026

Foto Dengan Wanita Di Bali Cetus Spekulasi, Meerqeen Minta Netizen Henti Buat Andaian – “Ramai Orang Dekat Situ, Dia Bukan GF Saya”

Meerqeen turut berharap orang ramai menghentikan tuduhan tidak berasas dan tidak terus membuat andaian terhadap dirinya hanya berdasarkan sekeping gambar yang tular

Hiburan Thu, 21 Oct 2021

Urban Method Tampil Dengan Domo Arigato

Kumpulan hip hop Urban Method tampil membuat kemunculan semula bersama sebuah lagu baharu yang berjudul Domo Arigato. Lagu yang diberi judul dalam bahasa Jepun itu bukan sahaja sebagai buah tangan Urban Method selepas sekian menyepi, […]

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes Dana 1MDB, Anak Tiri Najib Razak Ke SPRM Lagi

Terdapat dakwaan bahawa dana dari 1MDB digunakan untuk membiayai beberapa filem Hollywood di bawah syarikat miliknya.

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Ini Sebab Sajat Marah Haters Secara Live!

Sebelum melakukan persembahan bersama penari-penari pilihan Sajat, beliau sempat lagi beramah mesra bersama peminat dan juga haters beliau secara live. Haa, tengok tu! Siap marah dan block haters tau. Jangan main-main!

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Selepas Al Mawlid, Lah Ahmad Sertai Raihan?

Tulisnya, “Mungkin berkat recording mereka jugak lah yang melenturkan hati kami yg lain untuk berubah. Apapun memang @raihan evergreen till jannah,”

Events Fri, 3 Aug 2018

Jurnal Minggu Ke-3 : #daiTV3 Bersama Menjaga Kebersihan

Nak tahu apakah agaknya aktiviti para pendakwah Nusantara kita pada minggu ini. Jangan lupa saksikan Jurnal #daiTV3 hanya di xtra.com.my

error: Content is protected !!