Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 25, 2018 @ 5:56am

Selepas Al Mawlid, Lah Ahmad Sertai Raihan?

Bekas anggota kumpulan VE, Lah Ahmad menulis di laman Instagramnya, kumpulan Nasyid terkenal Raihan telah mengajaknya sertai kumpulan berkenaan.

Kalau benar apa yang ditulis, sudah tentu para peminat kumpulan Nasyid lagenda ini teruja! Siapa yang tak mahu sertai Raihan. Kita tak boleh nafikan mereka pernah mencipta fenomena sejak tahun 1997 dahulu.  

Dalam status berkenaan, Lah nampaknya selesa dan gembira dengan tawaran itu.

” Waktu pertama kali jumpa mereka sewaktu AIM annual dinner di PWTC 20 tahun dulu. Raihan baru keluar dengan lagu puji-pujian. Blessed to be around them. Much respect for them,” katanya.

Dalam masa sama, Lah turut menulis dia dan Raihan sering melakukan rakaman lagu di studio yang sama iaitu di Platinum Studios.
 
“Mungkin berkat recording mereka jugak lah yang melenturkan hati kami yg lain untuk berubah. Apapun memang @raihan evergreen till jannah,” katanya.

Wah! Jika benar Lah bakal sertai kumpulan Raihan, sudah tentu ramai yang suka dan tak sabar mendengar lagu terbaru yang akan menampilkan Lah.

Malah, status Lah itu turut mendapat komen positif netizen di media sosial yang menyokong penyertaan beliau dalam Raihan.

Bekas anggota kumpulan VE ini pernah aktif bersama kumpulan nasyid Al Mawlid sebelum bergerak secara solo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 7 Mar 2019

CJ WOW SHOP正式进军中文市场!更多好康尽在ntv7

「天天精彩,天天WOW」CJ WOW SHOP正式进军中文市场!

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Chazynash Kini Pegang Watak Utama Dalam Sitkom Terbaharu ntv7

Mengakui terdapat sedikit cabaran berdepan dengan kamera dan sebagainya, bagaimanakah agaknya Chazy dan isteri mengatasi masalah tersebut?

Featured Wed, 30 Nov 2022
Hiburan Wed, 21 Jan 2026

“Banyak Buaya Tak Berguna Dah Dikorbankan, Sesuai Jadi Handbag” – Ciapan Spontan Fazura Undang Tawa Warganet

Fazura membalas ciapan peminat yang meminta agar koleksi beg tangan dikeluarkan dalam kuantiti banyak

error: Content is protected !!