Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 13, 2024 @ 1:18pm

Kerap Diasak Gosip Kahwin, Ini Respons Erra Fazira – “Carilah Cerita Artis Muda Pula”

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira tampil mengulas dakwaan orang ramai tentang dirinya sudah berkahwin.

Sebelum ini, status penyanyi jelita itu mula menjadi tanda tanya dalam kalangan orang ramai selepas tular sebuah foto  perkahwinannya dengan seorang ahli kenamaan, tergantung di dinding kediamannya.

Malah, dakwaan tersebut telah dibuat oleh seorang selebriti yang dikatakan berkunjung ke kediaman aktres jelita itu.

Menurut Erra, dia menganggap dakwaan itu sebagai fitnah namun enggan mengambil pusing terhadap isu tersebut dan memaafkan individu yang menyebar berita palsu itu.

“Gambar kahwin yang sangkut pada dinding semestinya fitnah. Tak apalah, saya maafkan. Apabila saya dengar berita itu, saya hanya ketawa. Saya lebih tahu siapa diri saya dan dan siapa datang rumah,” katanya.

Memetik laporan BH online, Erra mengakui dirinya masih solo dan bahagia dengan status ibu tunggal yang digalasnya sejak tujuh tahun lalu.

“Saya masih ibu tunggal, sudah bertahun-tahun lamanya. Saya tidak menutup pintu tetapi rezeki mungkin belum lagi.

“Saya pun tak tahulah yang mahu buat gosip, mungkin ada hikmahnya. Ada pro dan kontra. Kebaikannya, bermakna orang masih berminat hendak tahu kisah peribadi kita.

“Tetapi yang buruknya, sudah-sudahlah tu. Carilah cerita berkenaan orang muda, ramai lagi artis baharu. Kadang kadang bila kita sudah sampai satu tahap usia, kita tidak mahu begini.

“Kalau dahulu, kalau kita nak kahwin mesti nak mewah-mewah, meriah, panggil semua orang. Pada usia begini tidak lagi.

“Saya lebih bahagia begini (hidup solo). Bagi saya kebahagiaan bukan terletak pada orang lain,” katanya ditemui pada sidang media dan tayangan drama Rampas Cintaku 2 di sini, hari ini.

Sekadar info, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Kemudian, Erra telah melangsungkan perkahwinan keduanya bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007, namun bercerai selepas tujuh tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 15.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 May 2019
Hiburan Mon, 22 Aug 2022
Trending Tue, 8 Dec 2020
Featured Thu, 12 Jan 2023

“Semoga Bujang Selamanya” – Soo Wincci Tak Mahu Kahwin?

Alaaa kenapa Soo Wincci tak nak kahwin?

Featured Thu, 10 Nov 2022

“Kemas Rumah Pun Cantik!” – Netizen Puji Penampilan Simple Nora Danish

Sebut saja nama Nora Danish sudah pasti ramai yang mengenali aktres itu oleh kerana rupa parasnya yang masih kelihatan muda meskipun usia sudah mencecah 40 tahun. Baru-baru ini, Nora memuat naik satu perkongsian video di […]

Featured Tue, 15 Nov 2022

Nyanyi Di Wedding Bekas Kekasih, Meer Nash Kekal Tenang – “Kental Hati Kau Bang”

Penyanyi Meer Nash, 27, memuat naik satu video di TikTok memaparkan dirinya menyayikan sebuah lagu di hari perkahwinan bekas kekasih. @meernash5I wish you nothing but happiness ❤️♬ original sound – Meer Nash Menerusi video berdurasi […]

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

TIME Beri Amaran Kepada Telekom Malaysia

Awal minggu ini, kita dihidangkan dengan pengumuman berkenaan pakej unifi Turbo daripada Telekom Malaysia(TM) kepada semua pelanggan mereka. Ia tentunya merupakan satu berita yang amat menggembirakan pengguna internet di Malaysia yang sudah lama mengidamkan internet yang lebih […]

error: Content is protected !!