Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 8, 2022 @ 1:46pm

Kerap Muat Naik ‘Quotes’ Positif, Mizz Nina Anggap Setiap Kesulitan Akan Didatangi Kemudahan

Sejak mengumumkan perceraian dengan penyanyi Noh Salleh, penyanyi Mizz Nina kelihatan kerap memuat naik ‘quotes’ positif yang membangkitkan semangat diri.

Terbaharu, Mizz Nina berkongsi petikan surah al Sharh ayat kelima yang bermaksud, ‘Maka bahawa sesungguhnya setiap kesulitan itu disertai kemudahan’ menerusi akaun Instagramnya.

Mizz Nina menyifatkan segala kesulitan dan ujian hidup yang dialami dalam hidup akan didatangi kemudahan buat seseorang itu.

“Ujian kadang membuat kita putus asa akan suatu hal, dan kadang justru membuat kita bangkit dari kegagalan dan keterpurukan.

“Yang terpenting adalah bagaimana kita menyikapi hal tersebut. Jangan lupa membabitkan Allah dan ingat sama dalil ini ya #TemanQalby semua,” tulisnya.

Selain itu, aktivis kemanusiaan itu turut menganggap setiap ujian yang menimpa itu pasti akan muncul kemudahan untuk kita di sebaliknya.

“Karena setelah ujian yang menimpa kita disitulah akan muncul kemudahan-kemudahan untuk kita,” tambahnya.

Qalby App adalah aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang dilancarkan Mizz Nina pada akhir 2020 lalu.

Sebelum ini, Mizz Nina dan Noh Hujan telah bercerai talak 1 dan mengumumkan perkara itu di Instagram masing-masing setelah 11 tahun hidup bersama.

Mizz Nina dan Noh mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka mengambil anak angkat yang dipanggil ‘Baby Musa’ pada Mac lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 13 Mar 2020
Trending Thu, 20 Sep 2018

Hantu Bertudung Litup Munafik 2 Bukan Perempuan Tetapi Lelaki Kacak!

Melihat wajah sebenar hantu ala-ala Valak dalam filem Munafik 2, bikin ramai wanita crush!

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Featured Tue, 26 Oct 2021
Trending Sat, 16 Oct 2021

Sangeeta Krishnasamy & Bront Palarae Bakal Bergabung Dalam I Am Vash

Pelakon berbakat besar, Sangeeta Krishnasamy dan Bront Palarae bakal bergabung dalam sebuah naskhah berjudul I Am Vash. Berkisar bandar Pelabuhan Kelang di Malaysia yang dipenuhi jenayah sekitar tahun 1970-an, ia dinaungi watak Vash seorang pegawai […]

Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Nelydia Senrose Sibuk Dengan Persiapan Kahwin

Tarikh perkahwinan masih dirahsiakan dahulu tetapi mengakui yang sedang sibuk dengan persiapan untuk berkahwin. Siapa dia kenalah tunggu ye !

Hiburan Sat, 24 Feb 2018

KALAU DAH JODOH TAK KE MANA!

Majlis pernikahan akan berlangsung di Sabah pada 18 Mac depan.

error: Content is protected !!