Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 8, 2024 @ 8:59pm

Kerja Keras 40 Tahun Terbalas! Baru Terima Pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik Asia Tenggara, Susan Lankester Gembira Rangkul Trofi FFM 33

“Saya adalah contoh anak seni yang bekerja dan berada dalam bidang lakonan selama 40 tahun. Dalam masa seminggu, saya meraih dua pengiktirafan di Asia Tenggara dan di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM 33).”

Demikian perasan pelakon berkaliber Susan Lankester, 62, selepas dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di FFM 33 yang berlangsung pasa Sabtu.

Gembira berjaya meraih dua kejayaan dalam masa seminggu menerusi lakonan hebat dalam filem Raintown, Susan baru sahaja merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Kreatif Asia (AACA) 2024 di Singapura.

“Saya sangat gembira, rasa macam tidur atas pelangi. Walaupun sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan, kadang-kadang kejayaan yang datang ditentukan oleh masa dan tahun ini merupakan tahun saya.

“Saya berharap semua pelakon wanita di Malaysia percaya dengan diri mereka sendiri. Semua boleh pergi jauh sekiranya mereka bekerja keras serta bersuara jika mereka mahu melangkah lebih lagi dalam kerjaya sebegini,” katanya.

Bersikap selektif dalam memilih karya lakonan, Susan sempat menitipkan pesanan kepada pelakon wanita lain agar memilih karya yang baik serta berani bersuara untuk menyuntik idea bernas agar watak yang dijayakan berjaya menjentik emosi penonton.

“Saya faham situasi bekerja dalam industri, kita memang cari makan. Namun sebagai pelakon, kita berhak mendapatkan apa yang kita mahukan. Kita kena berani bersuara serta memberi idea dan pendapat. Jika tidak, kita akan kekal di tahap sama dan akan terperangkap menjayakan karakter serupa,” katanya lagi.

Dalam kategori terbabit, Susan menewaskan empat pelakon lain iaitu Diana Danielle (Imaginur), Nabila Huda (Rahsia), Nadia Aqilah (Eva) dan Chen Keat Yoke (Hungry Ghost Diner).

FFM 33 mengangkat filem arahan Nik Amir Mustapha, Imaginur selaku Filem Terbaik. Karya lakonan Beto Kusyairy dan Diana Danielle itu turut membawa pulang enam trofi lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Mar 2019

Viral Isu Pembuangan Toksik, 34 Sekolah Ditutup di Pasir Gudang

Viral di laman twitter apabila kes pembuangan toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang menyebabkan murid di sekolah mengalami masalah sesak nafas akibat terhidu gas toksik berbahaya.

Trending Thu, 17 Jun 2021
Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Netizen Anggap Sharifah Sakinah ‘Wakil Rakyat’

Sharifah Sakinah jadi wakil rakyat pula?

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Featured Wed, 20 Dec 2023

Kongsi Foto Tayang Peha, Netizen Tegur Penampilan Intan Najuwa

Korang pun laju je mata nak tengok benda tu ek😅

Featured Tue, 24 Dec 2024

“Selagha Atau Sehina Mana Pun, Tetaplah Doa Pada Allah”- Imbau Dosa Sepanjang 40 Tahun, Nazim Othman Kongsi Nasihat UAI

Hati saya pernah terjentik apabila saya merasakan hidup saya sudah tidak lama lagi di dunia ini – Nazim Othman

Featured Sun, 14 Mar 2021
Hiburan Mon, 15 Jul 2019

‘GF’ Aliff Aziz Akhirnya Buka Mulut

Aliff Aziz memuat naik gambar bersama seorang wanita cantik di Instagramnya.

error: Content is protected !!