Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 3, 2021 @ 12:31pm

Kes Omicron Pertama Kini Dikesan Di Malaysia – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron kini telah dikesan di negara ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi siaran LIVE di platform rasmi KKM sebentar tadi.

Dimaklumkan, kes Omicron pertama di Malaysia ini membabitkan seorang pelajar yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.

“Pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh berusia 19 tahun itu, tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu dan menjalani ujian Rt-PCR setibanya di KLIA.

“Susulan ujian itu, pelajar terbabit diperintah menjalani pengawasan dan pemerhatian mengikut Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

“Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh pula menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti. Pelajar terbabit menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan,” katanya.

Selain itu, semua saringan kepada kontak rapat individu berkenaan juga sudah dijalankan dan keputusannya adalah negatif.

Tambahnya lagi, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif COVID-19 dengan Ct Value 26.68 pada 20 November.

Malah, pelajar terbabit kini masih meneruskan kuarantin di rumah sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November.

“Pengesanan kontak rapat dijalankan terhadap semua penumpang dan pemandu bas iaitu seramai lima orang. Mereka juga menjalani saringan ujian COVID-19 dan kuarantin wajib.

‘Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif,” katanya.

Sumber : KKM, BH,

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

‘Sampai Hari Ini, Saya Masih Tak Percaya…’- Alif Satar

Konsert anjuran Philandure dan Komited Malaysia itu diadakan bagi mengumpul dana untuk enam pertubuhan terpilih.

Hiburan Mon, 24 Feb 2025

“Saya Sedang Pujuk Ustaz Ceraikan Saya, Selepas Ini Ustazah Rose Akan Kembali Monogami” – Nora Ariffin Bakal Berpisah Kali Kedua?

Mengaku bersalah, Nora Ariffin akan turuti permintaan anak tiri minta cerai dengan Ustaz Rushdi Ramli

Trending Sat, 21 Dec 2019
Featured Tue, 24 Dec 2024

Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan, Syafie Naswip Dedah Isteri Alami Keguguran

Ayie mendedahkan isterinya mengalami keguguran empat bulan lalu.

Featured Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Tunjuk 6 Pax ke 1 Pax?” – Selamba Tiru Aksi Abang Bomba! Gelagat Johan Cuit Hati Netizen

Bukan main eh Johan membahan 🤣 Agak-agak korang lulus tak Johan kalau jadi abang bomba? 😅

Events Mon, 30 Jun 2025

“Orang Tuduh Saya Penunggang Agama”- Busana Dikritik Seksi, Linda Rafar Alami Anxiety

Linda malu apabila ada yang bertindak menyeru nama ustaz Wadi Annuar.

Featured Sat, 21 Jan 2023
Events Tue, 13 Feb 2018

ONE REPUBLIC TO PERFORM IN MALAYSIA FOR OH MY MY TOUR!

Grammy-nominated American pop rock band OneRepublic will be coming back to Malaysia very soon!

error: Content is protected !!