Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 16, 2018 @ 11:01am

Kesan Stress Pada Kesihatan

Masalah stres bukan sahaja boleh menganggu fungsi fizikal dan mental seseorang, malah ia turut memberi kesan pada kesihatan tubuh badan seseorang. Mereka yang mengalami stres jangka pendek boleh mendapat kesan-kesan seperti sakit kepala, migrain, sakit belakang, cirit-birit, pening, mual dan masalah penghadaman.

Lebih teruk lagi, jika dibiarkan stres tanpa ditangani dan dirawat dengan baik, ia boleh memberi kesan lebih besar terhadap masalah kesihatan. Antaranya ialah:

1. Jantung

(Kardiovaskular) Stres berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, denyutan jantung tak normal, masalah darah beku, arteri mengeras, penyakit arteri koronari, serangan sakit jantung dan jantung gagal berfungsi. Bagi stres akut, berjalan sedikitpun boleh menyebabkan denyutan jantung bertambah cepat dan tekanan darah naik. Stres kronik boleh menyebabkan arteri menjadi sempit, paras kolesterol meningkat, juga meningkatkan risiko penyakit jantung, serangan sakit jantung atau strok.

2. Otot

Ketegangan stres yang berterusan akan membuatkan otot terasa cekang atau tegang dan merebak ke bahagian tengkuk, bahu serta belakang. Stres juga akan menyebabkan sakit rheumatoid arthritis bertambah teruk.

3. Sistem pernafasan

Stres akan menunjukkan simptom asthma dan masalah paru-paru yang lain. Semasa stres, seseorang itu akan bernafas cepat sehingga terasa sesak nafas. Jika berterusan, ia boleh menyebabkan paru-paru mudah mendapat penyakit berjangkit.

4. Diabetis

Hormon stres akan menggalakkan hati menghasilkan lebih banyak gula dalam darah. Jika berterusan, akhirnya seseorang itu berisiko mendapat penyakit diabetes Type-2.

5. Organ pembiakan

Stres boleh memanjangkan atau memendekkan kitaran haid serta menyebabkan senggugut. Stres juga dikaitkan dengan kurang subur (fertiliti rendah), masalah lemah tenaga batin, masalah semasa hamil, dan lain-lain yang berkaitan. Wanita hamil yang mengalami stres yang tinggi boleh menyebabkan anak yang bakal dilahirkan berisiko mendapat asthma atau alergi.

6. Kanser usus

Pakar endokrin Kanada (1956), Dr Hans Selye, membuktikan secara epidomologi kaitan antara tegangan dan barah usus (peptic ulcer). Kajiannya mendapati golongan ikhtisas seperti doktor, eksekutif perniagaan dan guru mudah mendapat penyakit ini. Rawatan melalui pembedahan kurang berkesan di mana 80 hingga 90 peratus kes berulang. Tetapi apabila mereka mengubah gaya hidup (rawatan tanpa pembedahan), kurang mengalami stres serta mengamal diet sihat, kesan pulihnya lebih baik dan kekal.

Selain itu, stres juga boleh menyebabkan masalah sistem saraf seperti kemurungan, masalah ingatan dan keupayaan belajar serta masalah sistem imun seperti mudah diserang penyakit, luka lambat sembuh dan ekzema.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :- Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 May 2021

Polis Guna Dron Pantau Pematuhan SOP Hari Raya Di Kawasan Perumahan

Tahun ini merupakan tahun kedua buat seluruh umat Islam  menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan  akan menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di […]

Featured Mon, 18 May 2026

“Tiada Keistimewaan, Kami Dilayan Sama Rata” – Aisha Retno Nafi Guna ‘Cable’ Dalam Pemilihan Puteri Gunung Ledang 

Aisha Retno menolak dakwaan kononnya pemilihannya bersama pelakon, Mila Mohsin dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang  (PGL) adalah disebabkan hubungan istimewa atau penggunaan ‘cable’.

Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Tue, 16 Jun 2026

“Wanita Tak Payah Nak Benak Otak Sangat! Jatuh Cinta Dengan Suami Orang” – Azza Elite 

Kata Azza, Tegasnya, tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana ramai lelaki bujang yang boleh dijadikan pasangan hidup.

Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Tue, 21 Apr 2020
Eat Travel Fri, 17 Aug 2018
Featured Fri, 25 Oct 2019
Featured Mon, 4 Sep 2023
error: Content is protected !!