Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 5, 2020 @ 1:42pm

Ketahui 3 panduan ini untuk elak gaya hidup ‘sedentari’

Bagi individu bekerja, rata-rata mereka menghabiskan masa antara lapan hingga sembilan jam sehari menghadap komputer di pejabat dan apabila pulang ke rumah, keletihan melanda diri.

Gaya hidup juga tidak menentu kerana ramai yang mendahulukan tugas mencari rezeki berbanding mengutamakan kesihatan menyebabkan ramai yang mengabaikan penjagaan diri serta menjalani gaya hidup sedentari.

Kajian dilakukan Rangkaian Kajian Tingkahlaku Sedentari (SBRN) pada 2017 menjelaskan sedentari adalah tingkah laku tidak aktif dialami individu yang lebih banyak duduk dan berbaring daripada melakukan sebarang kegiatan.

Dalam erti kata lain, individu sedemikian tidak banyak menggunakan tenaga dan dikelaskan sebagai tidak aktif.

Oleh itu, gaya hidup tidak aktif atau sedentari ini tidak membawa kebaikan kerana tenaga yang tidak digunakan akan menyebabkan glukosa menjadi punca kegemukan.

Kajian menunjukkan hanya 21 peratus orang dewasa yang memenuhi garis panduan aktif dengan menggunakan tenaga yang ada.

Jika ada yang menjadikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal, tindakan itu tidak wajar kerana ia melibatkan kesihatan diri sendiri.

Ada banyak saranan dalam laman media sosial mengenai bagaimana mengamalkan gaya hidup sihat walaupun ketika bekerja di rumah.

Misalannya, Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan tiga panduan mudah yang boleh dilakukan oleh individu ketika berada atau bekerja di rumah untuk menjadikan badan sihat dan cergas. Antaranya:

1. Di samping mengamalkan norma baharu bekerja dari rumah, individu boleh mengambil masa 15 minit setiap dua jam untuk melakukan senaman regangan bagi memberi kelegaan pada badan.

2. Mulakan sasaran 10,000 langkah setiap hari dengan mencatat berat badan ketika awal dan pertengahan Ramadan serta pada akhir Syawal demi memastikan memiliki berat badan ideal.

3. Kurangkan pengambilan garam, gula, makanan berlemak dan berminyak serta lebihkan pengambilan air kosong supaya badan kekal hidrat.

Sepintas lalu, panduan itu amat mudah untuk dilakukan walaupun berada di rumah dan jadikan PKP sebagai tempoh masa berharga untuk anda menjaga kesihatan seterusnya mendapat berat badan ideal.

Fikirkan apabila muncul di tempat kerja kemudian hari, ramai akan menyapa anda dengan kata-kata anda nampak lebih sihat dan langsing!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022

Walau Dah Berpisah, Ziana Zain Titip Pesan Pada Anak-Anak Untuk Jaga Kebajikan Bapa – “Mama Tak Akan Marah..”

Sayunya dengar luahan hati penyanyi hebat Ziana Zain untuk anak anak 🥺🥺🥺

Featured Tue, 20 May 2025
Featured Thu, 22 May 2025
Featured Sat, 6 Sep 2025
Featured Tue, 26 Sep 2023

Anggap Anak Sumber Kekuatan, Nikki Palikat Sebak Nyanyi Lagu Bertakhta Di Hati

Penyanyi Nikki Palikat mengaku berasa sebak ketika menyanyikan lagu Bertakhta Di Hati pada program hiburan popular yang bersiaran secara langsung pada Ahad lalu. Menurut Nikki, setiap kali dia melakukan persembahan, anaknya Liam Audi akan sentiasa […]

Featured Sun, 24 Nov 2024
Featured Wed, 1 Apr 2020

Ingin kurus dan langsing, jom QuaranTeam cara Che’ Puan Khaleeda

Bentuk badannya jadi inspirasi wanita di luar sana

error: Content is protected !!