Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops January 31, 2019 @ 3:00pm

Ketahui akibat penggunaan ubat gigi yang terlalu banyak dalam kalangan kanak-kanak

Amalan memberus gigi memang penting dan patut diterapkan dalam kehidupan setiap kanak-kanak sejak mereka kecil lagi.

Di pasaran, sememangnya sudah ada pelbagai produk penjagaan gigi yang dihasilkan khas untuk pengguna kanak-kanak.

Selain berus gigi bersaiz mini, ubat gigi yang berperisa manis juga ada bagi menaikkan minat si kecil untuk membersihkan gigi mereka setiap hari.

Tetapi kerana rasanya yang manis, ada kemungkinan kanak-kanak akan mahu menggunakan lebih banyak ubat gigi daripada jumlah yang disyorkan oleh pakar.

Lebih teruk, mereka akan menelan terus ubat gigi ini. Maklumlah, rasanya bukankah sedap?

Foto: NutritionFacts.org

Bagi kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas, jumlah yang disarankan untuk satu kali gosok ialah tidak lebih daripada saiz sebesar kacang pi!

“Flourida yang terkandung dalam ubat gigi ternyata memberi banyak faedah dalam mengurangkan kes gigi reput, tetapi ia perlu digunakan secara berwaspada,” kata Dr Mary Hayes, seorang doktor gigi kanak-kanak dari Chicago.

Hal ini adalah kerana jika terlalu banyak florida didedahkan kepada gigi yang sedang tumbuh, apabila kanak-kanak ini membesar, giginya akan tampak bertompok putih.

Foto: Klinik Pergigian Fauziah

Masalah ini dinamakan fluorosis gigi. Tompokan putih itu tidak akan hilang walaupun mereka memberus gigi mereka sekuat mana sekalipun kerana ia bukan berada pada permukaan gigi tetapi di lapisan dalamnya.

Dalam kes fluorosis yang teruk, gigi akan nampak seperti berbelang kuning dan kotor. Ia akhirnya bukan sahaja akan menjejaskan penampilan mangsa tetapi juga keyakinan dirinya.

Jadi berhati-hati, ya. Kanak-kanak akan mahu berdikari dalam hal ini, tetapi ibu bapa mereka masih perlu mengawal berapa banyak ubat gigi yang digunakan.

Ingatkan anak anda yang tidak semestinya gigi mereka akan jadi jauh lebih bersih jika mereka menggunakan lebih banyak ubat gigi.

Sumber: Time, IIUM Confessions

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 14 Nov 2018

Beri Madu Kepada Bayi. Boleh Atau Tidak?

Keracunan botulisme adalah keadaan kesihatan yang mungkin membawa maut.

familuv Sat, 19 Oct 2019

Anak tidak cukup tidur? Ini cara untuk tahu

Jangan ambil mudah dengan waktu tidur anak anda

familuv Wed, 5 Dec 2018

Terapkan Rasa Syukur Dalam Keluarga, Upaya Bentuk Sahsiah Diri Yang Jitu

Bersyukur buat kita menerima apapun keadaan dengan baik dan redha.

familuv Tue, 16 Jul 2019

Mandi bersama, suburkan sisi romantis suami isteri

Inikan amalan Rasulullah SAW, anda bila lagi?

familuv Tue, 17 Mar 2020

Ambil peduli apabila anak buat perangai!

Kanak-kanak faham jika dididik sejak kecil.

familuv Mon, 13 Jan 2020

Foto keluarga bahagia TMJ, alahai comelnya gambar nombor 5  

Keluarga diraja Johor ini menjadi kesayangan bangsa Johor

familuv Mon, 20 Apr 2020

Pernikahan dalam talian hanya dibenarkan sepanjang PKP

Selangor turut benarkan pernikahan sidang video

familuv Mon, 8 Oct 2018
familuv Fri, 23 Nov 2018

Ini Teknik Bancuh Susu Anak Supaya Tidak Hilang Khasiatnya

Perlu tuang air panas dahulu atau susu?

familuv Mon, 21 Jan 2019

Is it safe to eat imitation crab sticks while you’re pregnant?

Find out the benefits and dangers of this food.

error: Content is protected !!