Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops November 14, 2018 @ 6:00pm

Beri Madu Kepada Bayi. Boleh Atau Tidak?

Ibu bapa digalakkan memberi pelbagai jenis makanan yang sihat untuk bayi mereka agar dapat membekalkan nutrien yang mencukupi dan mengurangkan risiko bayi mengalami tindak balas alahan pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian. Kaya dengan flavonoid, antioksidan dan enzim anti-radang, tidak syak lagi madu adalah salah satu makanan yang paling sihat di dunia. Jadi, mengapa kita tidak digalakkan memberikannya kepada bayi?

Kenapa madu dilarang untuk bayi?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan The American Academy of Pediatrics, madu dalam semua bentuk (walaupun dalam ubat batuk atau produk makanan yang dibakar dan diproses) dilarang sama sekali dalam diet bayi sehingga mereka mencapai usia 12 bulan.

Walaupun bukan satu kemestian, madu seringkali mengandungi Clostridium botulinum, yang merupakan spora bakteria yang bertanggungjawab untuk beribu-ribu kes keracunan botulisme yang mengancam nyawa setiap tahun.

Spora Clostridium botulinum, sebagai kebanyakan bakteria anaerobik, berkembang dalam persekitaran yang rendah asid dan oksigen. Disebabkan itu, spora ini paling biasa dijumpai pada tanah dan debu.

Foto: news.rambler.ru

Pun begitu, spora ini juga kadangkala boleh ditemui dalam madu. Mikroorganisma yang terdapat dalam sistem pencernaan yang matang dapat menghentikan percambahan bakteria ini, tetapi saluran pencernaan dan imuniti bayi belum cukup berkembang untuk melawan C. botulinum dan pengeluaran toksinnya di dalam tubuh.

Satu lagi sebab mengapa madu tidak disyorkan untuk bayi adalah kandungan gula yang tinggi. Ibu bapa dinasihatkan untuk tidak menambah gula ke dalam diet bayi mereka kerana ia boleh merosakkan gigi baru mereka dan menggalakkan tabiat memakan makanan manis pada masa depan.

Oleh itu, jika anda ingin menambah rasa manis dalam makanan bayi anda, cuba tambah keledek, pisang atau pir – ini adalah makanan dengan rasa manis dan kaya dengan vitamin dan mineral.

Tanda dan simptom botulisme

Simptom botulisme mungkin akan kelihatan dalam masa 8 hingga 36 jam selepas pengambilan tetapi terdapat kemungkinan tanda-tanda lewat sehingga 14 hari kemudian. Sekiranya anda secara tidak sengaja memberikan bayi anda madu, beri perhatian kepada mereka dengan teliti dan hubungi doktor anda dengan segera jika mereka mula menunjukkan tanda-tanda berikut:

-Pergerakan lembik dan kelesuan

-Kurang selera makan (sukar atau penyusuan lemah)

-Kesukaran menelan dan bernafas

-Banyak air liur meleleh

-Tangisan lemah dan tona otot lemah

-Ekspresi wajah kaku

-Sembelit

Rawatan botulisme

Keracunan botulisme adalah keadaan kesihatan yang mungkin membawa maut. Mengenal pasti seawal mungkin dan rawatan perubatan yang betul membolehkan bayi yang mengalami botulisme pulih sepenuhnya daripada penyakit ini.

Foto: Iplay Baby

Rawatan paling biasa untuk botulism bayi pada masa kini adalah penggunaan immuno globulin boutolisme intravena (BIGIV). Ia adalah larutan steril daripada plasma manusia (cecair darah yang jernih) yang mengandungi antibodi yang membantu meningkatkan imuniti seseorang untuk melawan bakteria yang menyebabkan penyakit. Walau bagaimanapun, apabila bayi anda menggunakan immuno globulin boutulisme, kesan sampingan biasa boleh berlaku, termasuklah:

-Loya dan muntah-muntah

-Kulit kemerahan atau ruam kulit yang ringan

-Sakit badan

-Nafas berdehit

Jika bayi anda mengalami kesukaran bernafas dan menelan yang teruk, mereka mungkin dimasukkan ke dalam ventilator serta diberi makan dengan cairan intravena dan bukannya makanan biasa.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 9 Dec 2019

5 jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang anda perlu tahu

Jangan beli sahaja, ketahui kerusi yang sesuai untuk si kecil

familuv Thu, 2 Feb 2023

Sebak! Akhirnya Bersetuju Pindah Ke Semenanjung, Wawa Zainal Belikan Ibu Bapa Sebuah Rumah

Alhamdulillah. Semoga kita semua dapat membahagiakan ibu bapa kita macam ni

familuv Wed, 21 Aug 2019

Bolehkah betik menyebabkan keguguran? Ini jawapannya

Bukan semua boleh boleh dimakan ketika hamil.

familuv Tue, 9 Jul 2019
Cahaya Mata Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Lucu! Gelagat Ameena Kenakan Fizi Ali Undang Tawa – “Macam Itu Je Dia Gulakan Kita”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Fizi Ali yang memaparkan anak sulungnya, Ameena Sofia sedang merakam gambar penyampai radio itu, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang berdurasi 23 saat itu, Fizi menyangka Ameena sedang merakam […]

Cahaya Mata Sat, 24 Dec 2022

Norman Hakim Sangat Peramah, Memey Suhaiza Dedah Dah Terbiasa Menanti – “Tak Payah Tunggu, Sila…”

Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan sifat suaminya, Norman Hakim yang ‘kuat borak’ ketika bertemu sesiapa sahaja. @memeysuhaizaofficial_Mummy dgn anak6 dah terlebih paham.. Klu dia dah start borak.. Tak payah tunggu berdiri😆 Sila lah duduk dgn selesa.. […]

familuv Mon, 23 Sep 2019

6 sikap ibu bapa punca anak tidak berjaya

Kekerasan bukan cara mendisiplin si kecil

familuv Mon, 14 May 2018

Macam Ini Rupanya Nak Buat Bayi Aktif Dalam Perut. No.2 Paling Berkesan!

Bayi kurang aktif dalam kandungan? Anda boleh lakukan 3 cara ini.

familuv Fri, 10 Jan 2020
error: Content is protected !!