Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops November 22, 2018 @ 9:00am

Ketahui Garis Panduan Ini Sebelum Memilih Haiwan Peliharaan Untuk Anak Anda

Haiwan peliharaan berikan kanak-kanak peluang berharga untuk memegang tanggungjawab. Selain itu, ia juga berikan mereka sebuah tempat untuk menghulurkan rasa kasih sayang.

Walau bagaimanapun, haiwan-haiwan ini perlu dijaga dengan betul. Jadi jika anda bercadang untuk membenarkan anak anda memiliki seekor haiwan peliharaan, anda kena pilih satu yang sesuai dengan dirinya. Bukan semua orang akan suka kucing.

Ikuti panduan di bawah ini:

  • Berbincang dulu dengan anak anda. Ketahui apa yang dia nak daripada seekor haiwan peliharaan ini. Tekankan kepadanya yang haiwan ini bukannya barang mainan.
  • Tunggu beberapa bulan supaya anda dapat pastikan yang keinginannya tadi bukanlah main-main atau sekadar ikut perasaan sementara.
  • Tetapkan bajet. Tentukan banyak mana perbelanjaan yang anda boleh berikan untuk penjagaan haiwan ini.
  • Periksa jika rumah anda sesuai untuk menempatkan haiwan ini. Ruang rumah yang kecil tanpa ruang untuk bermain di luar selalunya merupakan persekitaran yang tak menggembirakan bagi kucing atau anjing. Mereka akan bertindak ganas dan menyelerakkan barang-barang.
  • Pentingkan keselamatan. Kucing boleh mencakar atau menggigit. Anak kecil boleh mengakibatkan kesakitan kepada haiwan kecil.
  • Lakukan penyelidikan menyeluruh. Kaji keperluan haiwan-haiwan dari semua aspek.
  • Mulakan dengan haiwan yang mudah. Kucing atau anjing memerlukan banyak masa dan wang untuk menjaganya. Haiwan yang low-maintenance atau tak perlukan penjagaan sangat, boleh menjadi pengenalan kepada pengalaman menjaga haiwan peliharan.

Di bawah ini adalah contoh haiwan-haiwan yang low-maintenance.

1. Tikus

Foto: iStock

Tikus nampak comel dan tak mahal untuk dijaga tapi mereka memerlukan penjagaan yang lembut dan gentle. Mereka juga lebih aktif di waktu malam.

2. Guinea pig

Foto: iStock

Haiwan ini perlukan ruang untuk berteduh, menyorok dan “bersenam” yang jauh daripada haiwan pemangsa. Mereka mudah disayangi dan responsif. 

Lagi kerap mereka diusap dengan lembut sejak anda mula menjaganya, lagi jinaklah mereka nanti. Mereka sangat aktif dan akan rasa bosan jika mereka berseorangan atau jika mereka disimpan di ruang yang sempit.

3. Arnab

Foto: iStock

Arnab memang seronok untuk dipeluk dan pandai bersosial dengan manusia. Mereka perlukan ruang dan teman, iaitu dalam kalangan manusia dan arnab lain.

Mereka boleh disimpan di luar rumah di dalam kandang dan ruang untuk berlari; ataupun tinggal di dalam rumah.

Tip

Haiwan kecil selalunya mempunyai jangka hayat yang pendek. Arnab hidup selama 5 ke 10 tahun, guinea pig selama 5 ke 7 tahun, tikus selama 2 ke 3 tahun.

Jika anda nak haiwan yang hidup lama, dapatkan seekor kura-kura. Ia boleh hidup selama 50 ke 100 tahun.

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Apr 2023

“Yang Mendengar Tak Ada Otak Ke?” – Reen Rahim Perjelas Tohmahan Pemalas Bangun Sahur

Siapa je yang tak marah kalau kena tuduh bukan-bukan kan😡😡😡

Events Fri, 28 Feb 2025

Kes B*nuh Zulfarhan: 6 Bekas Pelajar UPNM Terlepas Hukuman G*ntung Sampai M*ti, Kekal Jalani Penjara 18 Tahun

Mahkamah mendapati elemen kecederaan yang menyebabkan kematian mangsa tidak dapat dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

Featured Mon, 9 May 2022
familuv Sat, 19 Oct 2019

Anak tidak cukup tidur? Ini cara untuk tahu

Jangan ambil mudah dengan waktu tidur anak anda

Featured Mon, 30 Jun 2025

Hubungan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Belum Dapat ‘Restu’ Daripada Bapa

Ameera mengakui masih belum mendapat restu daripada bapanya.

Featured Tue, 9 Aug 2022
Featured Wed, 24 May 2023
Featured Tue, 27 Jun 2023
error: Content is protected !!