Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie December 24, 2019 @ 4:47pm

Ketahui istilah cantik Oki Setiana Dewi untuk wanita

Cantik itu bersifat peribadi, kadang kala sesuatu perkara itu cantik pada pandangan kita dan buruk pada pandangan individu lain, namun ada lagi pendapat lain mengenai perihal cantik itu kerana ia bukan sahaja terletak pada wajah, memiliki peribadi dan jati diri yang baik juga akan menjadikan seseorang itu dipandang cantik.

Sehubungan itu, cantik tidak boleh dihakimi pada rupa paras semata-mata kerana ia juga turut diambil kira daripada pelbagai aspek.

Oki Setiana Dewi pada forum santai Wanita: Cantik di Dunia, Bahagia di Akhirat di butik By Bintu Bangi, baru-baru ini. Foto: NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON

Pendakwah bebas yang juga bekas artis berkelahiran Indonesia, Oki Setiana Dewi, berkata cantik itu luas interpretasinya dan persoalan lazim yang sering muncul ialah adakah cantik yang dimiliki setiap inividu itu akan membawa kebahagiaan di kemudian hari

“Semua orang suka kepada kecantikan dan kita pantas sahaja mengaitkan cantik itu berdasarkan pandangan luaran dengan mata kasar.

“Wajah, fizikal, tutur kata, malah apa sahaja yang baik, elok dan molek atau indah itu sering terkait dengan cantik, namun adakah itu adalah tafsiran cantik yang diinginkan wanita,” katanya pada forum santai Wanita: Cantik di Dunia, Bahagia di Akhirat, yang berlangsung di butik ByBintu, Bangi, baru-baru ini.

Oki yang tampil dalam persalinan merah terang berkata, kecantikan yang dicari sewajarnya bukan berasaskan kecantikan luaran sahaja kerana cantik yang dimaksudkan itu mencakupi kecantikan yang boleh membawa kepada kebahagian di akhirat kelak.

“Daripada aspek pemakaian umpamanya, sama ada bertudung atau berjilbab, biarlah ia kena dengan fitrah menutup aurat seperti yang disarankan agama agar kita tidak terhukum di kemudian hari.

“Pengalaman saya, melihat orang yang sama dalam penampilan bertudung dan tidak bertudung ada bezanya. Ketika belum berhijab dan memakai pakaian yang agak terdedah, dia sering ditegur dan diganggu lelaki, namun selepas bertudung dia tidak lagi diganggu lelaki di jalanan.,” katanya yang mula memakai tudung pada tahun 2005.

Jemputan yang juga pelanggan butik By Bintu tekun mendengar perkongsian ilmu daripada Oki Setiana Dewi pada forum santai Wanita: Cantik di Dunia, Bahagia di Akhirat di Bangi. Foto: NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON

Oki menekankan dalam surah Al-Ahzab ayat 59, jelas membawa maksud bahawa pemakaian tudung selain menutup aurat, ia juga berfungsi sebagai pelindung, mudah dikenali dan tidak akan diganggu.

Surah Al-Ahzab ayat 59, berbunyi:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan dan perempuan-perempuan mukmin agar mereka mengenakan jilbabnya. Dengan demikian mereka lebih mudah dikenal dan mereka tidak akan diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS: al-Ahzab ayat 59)

“Islam sendiri meminta kita menutup aurat dan berjilbab dengan betul supaya tidak diganggu dan mudah dikenali, jangan mengenakan tudung sekadar menutup kepala sahaja sedang leher terdedah. Pakai tudung supaya kita dikenali sebagai wanita berwibawa selain tudung dan hijab adalah pelindung dan bukan penghias,” katanya.

Oki juga mengakui beliau sendiri ketika bergelar artis tidak terlepas daripada mengenakan pakaian yang ranggi dan mengenakan solekan tebal demi memenuhi keperluan kerjaya sebagai pelakon.

“Ada wanita yang mengenakan pakaian yang cantik tapi tidak menjamin dia bahagia di syurga kerana pakaian dikenakan menjolok mata dan tidak menutup aurat.

“Bukan tidak boleh bergaya dan tampil cantik, sebaliknya biar kena dengan fitrah agama, pakai yang longgar dan tidak menampakkan aurat, pasti tampak cantik juga. Rasullullah SAW ada menyebut perempuan jika memakai pakaian tetapi seperti telanjang, maka dia tidak akan mencium bau syurga” katanya.

 

Menyentuh perkongsian mengenai solekan pada wajah pula, Oki menyatakan Tuhan melaknat wanita yang mengubah kejadian asal seperti mencukur atau mencabut kening, tapi tiada larangan sekiranya mahu disolek dan dirapi menggunakan pensil mata.

“Pada awal-awal dahulu ketika bergelar pelakon, saya juga ada pengalaman disuruh mencukur kening untuk mendukung watak yang diberikan. Saya tidak suka melakukannya walaupun terpaksa. Kemudian apabila menukar cara hidup, saya berdoa kepada  Allah semoga jadikan kening saya elok dan terima apa sahaja keadaan serta tidak perlu dibuang atau dipantis.

“Lagipun kini, boleh sahaja kening disolek dengan bedak asas agar terlihat cantik, dilukis dengan pensil mata untuk merapikannya,” katanya mengakui beliau turut terjebak melakukannya suatu ketika dulu.

Oki sempat mengingatkan khalayak mengenai mewarnakan rambut, menyambung rambut, menyuntik botulinum toxin atau botox pada wajah antara perkara yang dilarang dalam agama dan kalau mahu tampil cantik sekalipun, biarlah cantik yang dimaksudkan itu adalah cantik yang membawa kepada kebahagiaan di akhirat kelak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Feb 2021
Events Mon, 17 Mar 2025

Selesa Jalani Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal, Adira Suhaimi Nafi Bakal Rujuk Dengan Datuk Red – “Ada Jodoh Adalah, Tak Ada Pun Tak Apa”

Adira Suhaimi menolak dakwaan kononnya dia bakal rujuk semula dengan bekas suaminya, Datuk Red selepas Aidilfitri ini.

Featured Mon, 12 Jan 2026

“Saya Ingatkan Kalau Up Di Media Sosial Dia Takut Nak Pijak, Tapi Lagi Lantang”- Dr Fie Tawfek

Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan Dr.Fie itu seakan-akan menggambarkan kekecewaan terhadap situasi yang dihadapinya.

Featured Tue, 31 Dec 2024

“Aku Bukan Penyondol Biasa-Biasa”- Compare Diri Dengan Sophia Albarakbah, Sharifah Sakinah Geram Dikutuk Nampak Tua

Sebagai pelakon Sakinah tidak keberatan ubah penampilan sesuai kaakter yang diberikan.

Featured Mon, 12 Jul 2021

Jenazah Benjy Dikebumikan Di Medan

Jenazah pelakon, Allahyarham Benjy yang meninggal dunia pada Ahad lalu selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung, Medan, Indonesia pada Isnin. Baca artikel berkaitan : Benjy Meninggal Dunia Di Medan Akibat Asma Difahamkan, […]

Featured Wed, 21 Dec 2022

Berat Badan Sukar Turun Lepas Bersalin, Ernie Zakri Menangis Depan Syamel

Sebab tu sokongan suami dan orang sekeliling tu penting!

Featured Mon, 31 Oct 2022

Lagu Casablanca Ada Versi Arab & Inggeris, Sesuai Untuk Crush!

Korang dah dengar belum? Versi Arab punya dah keluar tau

error: Content is protected !!