Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 22, 2022 @ 5:53pm

Khai Bahar Teruja Kongsi Pentas Di Konsert Siti Nurhaliza, Tak Tolak Rezeki Jika Berduet Lagi – “Inilah Kali Pertama Saya Dapat Sepentas”

Penyanyi Khai Bahar meluahkan rasa beruntung apabila dapat berkongsi pentas bersama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam Konsert ‘A Night To Remember’ di Persada Johor, Johor Bahru, baru-baru ini.

Menurut Khai, dia dan pasukan sangat berbesar hati apabila menerima tawaran untuk beraksi pada konsert yang berlangsung selama dua hari itu.

“Saya dan pasukan sangat berbesar hati bila dapat tawaran tersebut. Khai rasa berterima kasih.

“Rasanya, bukan saya sahaja kalau dapat tawaran itu, semua penyanyi kalau dapat tawaran nak berduet di konsert Datuk Siti memang tidak akan menolak.

“Saya sangat beruntung sebab dalam sejarah saya dalam industri, inilah kali pertama saya dapat sepentas untuk konsert penyanyi nombor satu Malaysia,” kongsinya.

Khai yang juga finalis Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) ini juga turut berkongsi tidak akan menolak sekiranya diberi peluang sekali lagi untuk berduet bersama Siti Nurhaliza. Malah berkongsi akan mengeluarkan single duet tidak lama lagi.

“Insya-Allah kalau ada, saya rasa syukur, saya tak akan menolak.

“Hujung tahun ini saya akan terbitkan single duet dan selebihnya single solo pada tahun depan.

“Untuk yang akan datang ini, saya perlu rahsiakan dahulu siapa pasangan duet saya. Kita tunggu bulan depan,” ujarnya teruja.

Sering dikaitkan dengan ramai selebriti wanita, Khai berkata, dia tidak merasakan tertekan apabila selalu dipadankan oleh peminat. Malah, Khai hanya berserah pada tuhan soal jodohnya.

“Saya rasa tak tertekan pun sebab saya anggap ia hanya gurauan. Biarpun bukan bergelar selebriti pun, bila dah rapat dengan seseorang itu pasti ada yang kenen-kenen kan.

“Saya faham tentang itu, peminat saya ada yang bergurau manja, tak ada yang serius dan saya tiada masalah pun sebenarnya.

“Kalau ada yang mahu menjodohkan, saya ada berpesan pada peminat saya sendiri jangan terlalu serius dan kalau nak menjodohkan itu tak perlulah mendoakan untuk betul-betul.

“Saya pun tak tahu jodoh saya siapa, kalau ada, ada lah,” katanya.

Khai Bahar pernah merakam lagu duet bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu Cinta Syurga pada 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Dec 2019
Trending Mon, 17 Dec 2018

Pelumba Cub Prix Terpantas Jempol Meninggal Dunia

Al-fatihah buat keluarga Allahyarham Mohd Nor Azman

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Frust Bercinta…Ara Johari ‘Racun’ Hati Sendiri?

Kerana terlalu mencintai pasangan yang telah pergi…

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Kenangan Raya Zaman Kecil Jadi Inspirasi Lagu Raya Pertama Zazzleen Zulkafli Berjudul ‘Raya Datang Lagi’

Zazzleen Zulkafli tampil dengan lagu raya berjudul Raya Datang Lagi yang diinspirasikan daripada kenangan manis sambutan Aidilfitri ketika zaman kanak-kanaknya.

Hiburan Wed, 26 Jul 2023

Dilabel ‘Caprice Wannababe’ Gara-Gara Sering Ulas Isu Panas, Ini Respons Padu Azhar Sulaiman!

Jangan main-main eh, abang Azhar Sulaiman kita ni ‘trend setter’, bukan Caprice Wannababe!

Hiburan Mon, 22 Jan 2024
Hiburan Thu, 26 Sep 2019
Featured Wed, 1 Feb 2023
Featured Fri, 3 Oct 2025

Nadir Al Nuri Dedah Isr**l Sebar Video Propaganda, Dakwa Peserta GSF Pengganas… Kelibat The Helmi’s Curi Perhatian

Nadir memaklumkan bahawa sukarelawan terbabit kini sudah mula dibawa tiba di pelabuhan Ashdod.

error: Content is protected !!