Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 23, 2018 @ 4:17am

Kini Ejen Ali Terbang Bersama Air Asia Dengan Jet Perisik MATA?

Siapa yang tidak kenal dengan siri animasi Ejen Ali kan?

Selain popular dikalangan kanak-kanak, Ejen Ali juga turut mencuri tumpuan penonton dewasa dengan aksi dan idea-ideanya dalam misi menyelamatkan masyarakat.

Justeru itu,  Ejen Ali telah melancarkan Jet Perisik MATA  iaitu sebuah pesawat Airbus A320 yang dihiasi livery reka bentuk Ejen Ali. Ia merupakan acara kemuncak kempen #MisiAspirasiAirAsia iaitu sebuah kerjasam antara Ejen Ali dan AirAsia bertujuan untuk memberi inspirasi dan mencorak sifat-sifat kepimpinan dalam diri kanak-kanak sebagi bakal pemimpin masa hadapan.

Kempen yang dilancarkan pada September lalu menerusi pertandingan video #MisiAspirasiAirAsia dimana Ejen Ali dan AirAsia mencari rekrut Ejen baru dengan menjemput ibubapa untuk berkongsi video anak-anak mereka beraksi.Dan, pada kali ini pemenang bagi pertandingan tersebut turut diumumkan dimana Hadiah Utama berupa 1 juta BIG points bersamaan dengan tiket penerbangan percuma untuk seluruh keluarga selama satu tahun telah dihadiahkan kepada Muhammad Adam Rashidi Bin Mohd Rafiq.

Dalam melaksanakan misi rahsia Ejen Ali dan AirAsia, mereka turut menceriakan penghuni Orion Home iaitu sebuah rumah kebajikan yang didiami oleh 87 orang kanak-kanak kurang berkemampuan dibawah jagaan The Budimas.

Ejen Ali dan AirAsia telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik buatkanak-kanak di rumah kebajikan ini seperti, permainan sukaneka, sesi inspirasi oleh jurutebang AirAsia, dan sesi tutorial solekan bersama krew kabin AirAsia sambil menonton episod ekslusif  Ejen Ali.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar, ia merupakan sebuah peristiwa yang paling bermakna buat Ejen Ali.

“Pelancaran livery ini merupakan sebuah peristiwa yang amat bermakna buat Ejen Ali kerana ia merupakan siri animasi Malaysia pertama yang berpeluang untuk terbang tinggi bersama AirAsia. kami berbesar hati dengan pencapaian Ejen Ali selaku salah satu wakil terkemukan industri animasi Malaysia, serta berharap lebih ramai kanak-kanak diserata dunia akan tertarik dengan aksi hero cilik ini, di samping mendorong mereka untuk mencapai impian besar mereka.” Jelasnya.

Manakala, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid Yasin beliau menyatakan rasa berpuas hati terhadap hasil usaha ini terutamanya dalam menghasilkan siri kartun Ejen Ali.

“Kami berasa amat berpuas hati melihat segala usaha kami untuk menghasilkan siri kartun Ejen Ali kini dizahirkan di sebuah pesawat AirAsia, peluang keemasan ini ibarat sebuah pengiktirafan bahawa animasi kelahiran Malaysia berkebolehan untuk menyajikan pengalaman lebih luas buat para penonton. Yang menjangkaui nilai hiburan semata-mata. Kami berharap kerjasama ini akan mendorong perkembangan yang  lebih pesat untuk industri animasi Malaysia.” Katanya

Dan, Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee menjelaskan beliau sangat berbesar hati dalam menyediakan pengalaman indah melalui misi ini.

“Kanak-kanak amatlah berharga dan AirAsia sentiasa mengangkat tinggi kepentingan penumpang muda kami. Konsep  #MisiAspirasiAirAsia menggalakkan generasi muda untuk menunjukkan bakat mereka dengan cara yang menyeronokkan. Pada masa yang sama, kami berharap untuk memberi ilham kepada mereka sebagai golongan pemimpin duniamasa hadapan. Kerjasama bersama Ejen Ali ini menyediakan pengalaman indah melalui #MisiAspirasiAirAsia untuk mengejar impian mereka. Kami akan terus mencari cara inovatif untuk  memberi inspirasi generasi pemimpin masa hadapan.” Tambahnya

So, kepada adik-adik dan semua peminat siri animasi Ejen Ali, jangan lupa untuk menyaksikan Ejen Alipada setiap Jumaat jam 5.30 petang dan Sabtu, jam 10.30 pagi atau, boleh layari Ejen Ali di tonton.com.my melalui ROKKI Wi-Fi  dalam penerbangan PERCUMA termasuk permainan, muzik dan kandungan video khas untuk totonan kanak-kanak semasa penerbangan AirAsia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 9 Aug 2018

Jangan Benci Cintaku Cetus Fenomena, Catat 12 Juta Tontonan

Shah, Fika, Husna adalah anatara watak yang terlibat dalam cerita Jangan Benci Cintaku yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 sekaligus mencetuskan fenomena sejak ianya ditayangkan pada 29 Jun lalu

Events Sun, 1 Sep 2019

陈昇火辣钢管舞尽显「顽童本色」!承诺会再来唱

「音乐顽童」陈昇出道30周年《华人公寓》巡回演唱会,从去年开始巡回,今年终于与马来西亚「住客」见面,这也是他首次正式在大马开唱……

Events Thu, 17 Apr 2025
Events Thu, 31 May 2018

Buka Puasa Gaya xtra! Istimewa dari Dapur Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj di Hotel Federal Kuala Lumpur

Restoran Kontiki di Hotel Federal Kuala Lumpur tahun ini kembali dengan menu Ramadan menerusi seleksi lebih 100 juadah tradisi kampung. Istimewa kali ini, pengunjung berpeluang merasai sendiri masakan kegemaran Perdana Menteri pertama Malaysia, Y.T.M Tunku […]

Events Fri, 4 Oct 2019

Meriah! 400 Ribu Pengunjung Gegar Karnival Jom Heboh Pulau Pinang

Meriah Betul Karnival Jom Heboh Pinang ni kan!

Events Wed, 22 Aug 2018

Selepas 40 Tahun, Aktiviti Qurban Temukan Bekas Pelajar Kg Pandan

Seronok dapat berkumpul dengan bekas rakan sekolah. Menerusi program ini juga, kami dapat mengaturkan beberapa pertemuan. Beberapa sesi mesyuarat turut diadakan bagi memastikan program Qurban kali ini berjalan lancar.

Events Thu, 31 May 2018

Kempen Terima Kasih Rangkaian Televisyen Media Prima: 5 Acara Padang Paling ‘Awesome’!

uat anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama para duta kempen, xtra senaraikan 5 Acara Padang Paling ‘Awesome’ sepanjang Ramadan dan Syawal kali ini!

Events Wed, 14 May 2025
Events Fri, 25 Feb 2022
error: Content is protected !!