Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 29, 2020 @ 9:00pm

Kluster baharu dikesan dengan 100 peratus pesakit tidak bergejala

Penginapan sesak dan tidak mengamalkan penjarakan sosial yang selamat dikenal pasti punca penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pekerja asing membabitkan kluster baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Apa yang lebih membimbangkan, kesemua 24 kes baharu yang dikesan dalam Kluster Syarikat Pembersihan itu tidak bergejala, namun hasil saringan yang dijalankan atas inisiatif majikan menunjukkan mereka positif COVID-19.

Petugas di makmal membuat ujian pada sampel di Makmal Diagnostik MSU (MSU-DXL) . MSU merupakan antara Makmal Universiti yang terpilih oleh KKM bagi menyediakan perkhidmatan ujian Covid-19. NSTP/OSMAN ADNAN

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan terbaharu itu membuktikan inisiatif majikan untuk membuat saringan sebelum pekerja mula bekerja dapat membantu mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.

“Dalam kebanyakan kluster yang dikenal pasti oleh KKM, lebih 80 peratus adalah tidak bergejala dan dalam kluster baharu ini 100 peratus pekerja yang dikesan positif COVID-19 tidak bergejala. Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan, namun KKM sedang menyiasat punca jangkitan.

“Kluster Syarikat Pembersihan ini dikesan kerana inisiatif majikan yang bertanggungjawab untuk membuat saringan ke atas pekerja sebelum mula bekerja. Jika tidak dikesan, mungkin akan menjangkiti orang lain. Tahniah kepada majikan ini,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Penambahan 24 kes itu menjadikan jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dikesan setakat jam 12 tengah hari 29 Mei 2020, sebanyak 103 kes menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia 7,732 kes.

Daripada jumlah itu, hanya tujuh kes import dikesan dan selebihnya adalah 96 kes penularan tempatan dengan 12 kes warganegara Malaysia dan 84 kes bukan warganegara.

Dr Noor Hisham berkata, lonjakan kes baharu dilaporkan pada hari ini adalah disebabkan jangkitan dalam kalangan bukan warganegara iaitu selain 24 kes daripada Kluster Syarikat Pembersihan, 53 kes lagi daripada Kluster Pedas yang menjalani saringan kedua selepas dikuarantin.

“Kluster Pedas dikesan pada awal Mei lalu dan seramai 786 orang kontak rapat dan ahli keluarga disaring serta dikuarantin. Jadi selepas dikuarantin selama 14 hari, mereka disaring sekali lagi dan didapati seramai 53 warganegara asing positif COVID-19 dan seorang warganegara Malaysia yang bekerja di kantin juga positif.

“Sehubungan itu, KKM menyambut baik pengumuman Menteri Sumber Manusia mengenai penguatkuasaan pindaan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). Isu ini sememangnya perlu ditangani segera bagi menambah baik penginapan golongan pekerja yang tidak kondusif dan boleh menjadi punca jangkitan pelbagai penyakit,” katanya.

Kontak rapat Kluster Pedas yang diasingkan pada 8 Mei 2020 kini didapati positif COVID-19 selepas dikuarantin 14 hari. (Gambar BERNAMA)

Menteri Sumber Manusia pada 27 Mei 2020, mengumumkan penguatkuasaan pindaan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). Pindaan itu  menambah baik Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing 2018 yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Selain itu, majikan juga bertanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada pekerja mereka mengenai amalan kebersihan, langkah pencegahan jangkitan COVID-19 di tempat tinggal dan juga pematuhan kepada pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang dibangunkan Kerajaan untuk industri termasuk pergerakan pekerja

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Jan 2025

“Jangan Berprasangka Buruk” – Netizen Gelar Hubungan Bersama Jefri Nichol Toksik, Ameera Khan Bidas Komen Jahat

“Honestly, kalau kita fikir postif, hidup kita lagi happy insyaa-Allah,” – LMK

Featured Thu, 31 Mar 2022
Featured Wed, 9 Jan 2019

This is the best day to take leave from work, and no, it’s not Friday

Use this tip if you care enough for your mental health.

Featured Tue, 15 Nov 2022

“Dah Melangkah Sebelah Kaki, Teruskan” – Norman Hakim Tak Halang Anak Ceburi Bidang Seni

Kalau dah suka, kena lah sokong kan.. Sporting lah Norman Hakim

Featured Fri, 18 May 2018

Nazim Othman, Bella Dally Umum Penceraian Pada Ramadan Pertama

Pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally sah bercerai dan membuat pengumuman itu di saat umat Islam sedang menyambut Ramadan pertama.

Featured Fri, 28 Jun 2024

“Syabas Jadi B*ru*h Yang Tidak Dibayar”- Ibu Aliff Aziz

Alamak, kita baca pun sakit hati dengar inikan pula orang yang kena caci macam ni. Hurmmmm🤧🙄

Eat Travel Mon, 24 Dec 2018

Jom Buat Cream Puff Versi ‘Cookies & Cream’! Ini Resipinya

Berikan kelainan kepada snek klasik ini. Gerenti nak lagi!

Featured Sat, 21 Jan 2023

Jatuh Ketika Berlakon, Janna Nick Cedera Di Set Pengembaraan – “Nasib Bukan Hati Yang Luka”

Pelakon Janna Nick cedera ringan di lutut sebelah kiri akibat terjatuh semasa berada di lokasi pengembaraan.   View this post on Instagram   A post shared by Janna Nick (@jannanick) Menerusi perkongsian Janna di Instagram, […]

error: Content is protected !!