Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 10, 2022 @ 6:14pm

“Ini Kurus Yang Luar Biasa!” – Berat Badan Turun 18 Kilogram… Ramai Tak Percaya Penampilan Terkini Adibah Noor, Netizen Siap Minta Tips Lagi!

Penyanyi dan pelakon popular, Adibah Noor mengejutkan ramai pihak apabila tampil memuat naik foto terkininya di Instagram baru-baru ini.

Malah, perkongsian tersebut juga turut dibanjiri komen dari rakan-rakan artis dan juga peminatnya yang rata-rata terkejut dengan keadaan beliau.

Kelihatan lebih kurus dari kebiasaannya, Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar, 52, mengakui dia kini dalam fasa menjaga kesihatan termasuklah aspek pemakanannya sejak bulan puasa lalu.

Justeru itu, tidak hairanlah jika beliau mampu mengurangkan berat badan sehingga 18 kilogram (kg) dalam tempoh dua bulan sahaja.

“Ya, berat badan turun 18kg berikutan pemakanan sihat yang diamalkan sejak bulan puasa lalu.

“Saya tidak mengambil gula dan mengehadkan enam suapan sahaja setiap kali makan.

“Saya merasakan sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan kerana sudah berusia, itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, melihat kepada kejayaan Adibah Noor menurunkan berat badan, ramai nampaknya netizen di luar sana yang terinspirasi dengan semangat pelantun lagu Terlalu Istimewa ini.

Malah, ada juga yang sempat bertanyakan tips dan corak pemakanan yang diamalkan beliau.

Bagaimanapun, sebagai seorang yang nekad dalam menjaga kesihatan diusia 50-an, beliau turut memberi nasihat kepada semua pihak yang ingin turunkan berat badan supaya tidak mengambil pil atau ubat kurus kerana ia boleh membahayakan kesihatan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Thu, 7 Aug 2025
Trending Sun, 18 Aug 2019

Yu Paus Ditemukan Mati Di Perairan Tanjung Tohor

Mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya

Featured Wed, 20 Dec 2023

Kongsi Foto Tayang Peha, Netizen Tegur Penampilan Intan Najuwa

Korang pun laju je mata nak tengok benda tu ek😅

Trending Wed, 21 Feb 2018

ANGRY WOMAN SELLS CHEATING HUSBAND ON CAROUSELL FOR RM0.01!

How angry have you been that instead of yelling at or scolding someone, you would rather just sell them on an online platform?

Trending Tue, 16 Jul 2019
Hiburan Fri, 26 Jul 2019

‘Masa Kecil Je Kita Rasa Penat’- Raja Farah Kongsi Pengalaman Asuh Dua Anak

Penat kejap je takpe kan…hasilnya InshaAllah berbaloi!

error: Content is protected !!