Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal February 1, 2018 @ 5:00am

Kongsi Tips Gubah Hantaran RM19 Sedulang

pasangan yang ingin melangsungkan hari perkahwinan pasti akan mencari perancang perkahwinan yang boleh merealisasikan impian mereka untuk diraikan sebagai raja sehari.

Antara perkara utama yang selalu dititik beratkan adalah gubahan hantaran. Hantaran yang sudah menjadi salah satu daripada kemestian dalam majlis perkahwinan melayu, sudah tentu kedua-dua belah pihak ingin menghias hantaran mereka dengan cantik dan kemas.

Bagaikan tidak lengkap sebuah majlis perkahwinan jika keluarga tidak datang dengan dulang hantaran yang dihiasi dengan pakaian, buah-buahan dan makanan.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nauf Saufan telah berkongsi beberapa tips untuk membuat gubahan hantaran dengan bermodalkan RM19 sahaja untuk sedulang.

Menurut Nauf, untuk gubahannya kali ini beliau menggunakan bunga ‘baby breath’ yang hanya boleh didapati dengan harga RM30 sejambak dan boleh digunakan untuk 2 dulang.

Selain itu, dia juga berkata menggunakan bunga kek atau spesis chrysanthemum yang hanya berharga RM1.50 sebatang dan untuk menghias 7 dulang anda hanya memerlukan 6 batang sahaja.

Beliau juga menasihatkan agar menggunakan span basah berbanding span kering. Span basah bertindak untuk mengekalkan bunga segar dalam keadaan hidup dan tidak layu.

Jom ikuti langkah penuh dari Nauf Safuan untuk mempelajari tips menggubah hantaran dengan kos yang rendah.

GUBAHAN HANTARAN BAJET RM19 SEDULANG
Untuk gubahan kali ni sangat sangat mudah dan murah. Sebab pengantin yang request nak bunga macam ni. Aku gubahkan jer.

1st aku guna bunga baby breath. 1 Jambak bunga ni RM30 boleh gubah 2 dulang hantaran kalau gubahan jenis bunga penuh. Kalau buh sikit sikit boleh buat 3-4 dulang. 
Aku beli bunga ni kat Petal Floral Puchong. Korang boleh google Petal Floral ni ada beberapa cawangan. Jadi boleh beli kat sana.


2nd aku guna bunga kekwa atau spesis chrysanthemum. 1 batang RM1.50 jer. Untuk 7 dulang aku pakai 6 batang bunga.

Untuk gubah bunga hidup ni.Aku guna span basah. Span basah berbeza dengan span kering. Span kering tak menyerap air. Span basah menyerap air. Kenapa kena guna span basah? Supaya bunga tu boleh hidup. Kalau tak layu bunga tu nanti.

Untuk 7 dulang hantaran pakai 4 span basah. 1 span RM2 jer.


Sebelum gubah. Rendam span basah tu dalam 30minit. Lepas tu sebelum gubah. untuk elak dulang basah. Atau barang hantaran basah. Elok balut atau lapik span tu dengan plastik atau aluminium foil. Lepas tu baru start gubah.

Untuk step gubah seterusnya hampa tengok video bawah na. Good luck bride to be.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 22 Aug 2018

Atasi Masalah Berdengkur Dengan

Tidur berdengkur boleh menjadi penyebab mood tidak baik kerana tidur tidak lena

LIFESTYLE Mon, 4 Dec 2017

Tiga Benda Comel Ini Sebenarnya Bahaya Kepada Bayi,

Tidak semua barangan bayi yang comel sebenarnya sesuai kerana ada yang membahaya tanpa disedari

LIFESTYLE Fri, 2 Feb 2018

DIY PINTU WALLPAPER BAWAH KOS RM40 SEBIJI PINTU

Perkongsian daripada Cik A yang berjaya tukarkan pintu lamanya dengan hanya RM40 setiap pintu menghasilkan sesuatu yang sangat mengagumkan!  Siapa jenis rumah pintu mcm ni buruk dan berubang mcm CA ni, boleh DIY dengan kos bawah RM40 […]

Fab Foodies! Tue, 16 Apr 2019

没咖啡无法上班?日喝超过这量恐丢命

注意!没咖啡无法上班?天天喝超过5000毫克恐丢命~

Fab Foodies! Sun, 22 Sep 2019

2款超简单清热凉茶!煮给全家降降火

天气热烟霾来袭!赶快动动手,在家煮这两款「超简单」处理的凉茶,给全家人降降火。

LIFESTYLE Sat, 23 Feb 2019

Here are 5 Travel Tips for a Smooth Sailing Adventure

You’d be surprised how simple steps here and there can make such big changes to your entire journey.

Contest Wed, 27 Nov 2019
LIFESTYLE Sat, 15 Jun 2019

4 Perkara Buat Selepas Terima ‘Offer Letter’ Kerja

Jangan gembira sangat ya, check dulu sebelum sign offer letter tu !

LIFESTYLE Fri, 22 Nov 2019

Makan Kicap Parut Luka Jadi Hitam?

Mesti ramai yang pernah mendengar pesanan seperti jangan makan kicap kerana boleh membuatkan parut luka menjadi hitam pada kulit. Ianya sudah menjadi pantang larang hingga ada yang mengelakkan untuk mengambil kicap bimbang parut meninggalkan kesan […]

LIFESTYLE Thu, 19 Sep 2019

Akibat Kalau Pasang ”Braces” Di Klinik Haram

”Kenapa Cari Penyakit Dik”

error: Content is protected !!