Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 27, 2022 @ 4:32pm

Konsert Noraniza Idris Ditunda, Peminat Harap Semak Balik Harga Tiket

Penyanyi, Noraniza Idris mengumumkan konsert pertama dan terakhirnya terpaksa ditunda atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Noraniza yang lebih mesra disapa Kak Ani itu menjelaskan konsert yang sepatutnya berlangsung tiga hari iaitu  21-23 Oktober depan terpaksa ditunda atas tiga sebab utama.

“Kemungkinan besar PRU akan diadakan pada Oktober dan November. Ia menyukarkan penyusunan aturcara konsert dari aspek jemputan tetamu VIP termasuk menteri serta wakil dari pihak kementerian yang menjadi salah satu tunggak utama kepada penganjuran acara ini.

“Selain itu, pengarah muzik iaitu Datuk Ramli Mohd Saleh (Ramli MS), yang terlibat dalam Penjurian Program Televisyen Gegar Vaganza musim yang ke-9. Pihak Astro tidak membenarkan Ramli MS untuk terlibat dengan produksi luar ketika masih berada dalam kontrak bersama pihak Astro.

“Noraniza Idris juga gagal mengurangkan beberapa komitmen aktiviti seninya hingga menjejaskan kesihatan sekali gus mengganggu jadual latihan yang telah ditetapkan lebih awal,” katanya.

Namun, pihaknya tidak memberitahu tarikh baru konsert tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di laman media sosial, rata-rata peminat bersimpati dengan penangguhan Konsert Malai Solo malah ada juga memberi cadangan agar konsert tersebut dibuat dalam skala yang lebih kecil.

“Pada saya, lebih baik buat secara kecilan dan lebih mesra. Venue sedang-sedang saja, apa salahnya,” tulis seorang warganet.

“Cadangan saya, mungkin Kak Ani perlu tukar konsep konsert ini dan jemput artis yang pernah merakamkan lagu bersama,” komen warganet.

“Harap team Kak Ani boleh semak balik harga tiket, susun semula cara promosi,” ujar peminat.

Sebelum ini, rata-rata warganet mempersoalkan harga tiket Konset Malai Solo sebagai ‘cekik darah’ namun pelantun lagu Dikir Puteri itu berkata harga yang diletakkan adalah berbaloi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 23 Mar 2018

Gajet ‘Jemput’ Masalah Mental Pada Anak Kecil, Hati-Hati!

Konflik lain yang boleh berlaku ialah kegagalan kanak-kanak berfikir dengan waras, tiada daya pemikiran kreatif, tidak mampu berinteraksi dan bertutur dengan baik selain  perkembangan emosi serta intelek terbantut.

Hiburan Wed, 26 Feb 2025

Imran Bard Mengaku Khilaf, Tampil Mohon Maaf Pada Ellie Suriaty

Imran mengaku bertanggungjawab sepenuhnya diatas khilaf yang berlaku.

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Sibuk Urus Anak, Niena Baharun Tiada Masa Layan Sosial Media

Rindu nak tengok Niena berlakon balik…Agak-agak bila eh?

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Wed, 20 May 2026

Satu Rasa, Dua Cerita… Fabio Asher & Nadhif Basalamah Temui Peminat Julai Ini Dalam ‘Konsert Rumah Hati’

Peminat muzik Indonesia di Malaysia bakal disajikan dengan sebuah malam penuh emosi menerusi konsert Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 26 Julai depan.

Trending Tue, 23 Aug 2022

“Spoil Tengok Bengkung Tu” – Netizen Tegur Busana Merah Hannah Delisha Di KLFW

Minggu Fesyen Kuala Lumpur ataupun KLFW memang menjadi acara tumpuan pada saban tahun. Dihadiri ramai selebriti tempatan bagi memberi sokongan kepada pereka fesyen tanah air, KLFW dilihat sebagai medan kepada selebriti untuk menggayakan fesyen tersendiri […]

error: Content is protected !!