Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 27, 2022 @ 6:38pm

Konsert Ulang Tahun Ke-26 Ungu Buai Emosi Lebih 3,000 Peminat

Kerinduan peminat kumpulan terkenal dari Indonesia, Ungu akhirnya terubat pada Konsert Ulang Tahun ke-26 Ungu yang berlangsung semalam.

Konsert malam pertama yang meraikan ulang tahun ke-26 kumpulan itu ternyata berjaya memukau lebih 3,000 peminat di Dewan Star Convention Center, Menara PGRM Kuala Lumpur.

Konsert yang berlangsung lebih dua jam itu mempersembahkan lebih 20 buah lagu hits mereka antaranya Kekasih Gelap, Percaya Padaku, Andai Ku Tahu, Bila Tiba, Tercipta Untukku, Cinta Dalam Hati, Hampa Hatiku dan banyak lagi.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli bersama tiga anak baginda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah ke konsert terbabit.

Bukan hanya itu, konsert tersebut juga dihadiri oleh penyanyi rock terkenal tanah air iaitu Amy Search. Suasana menjadi gamat apabila vokalis Ungu, Pasha menyanyikan lagu hit lagenda rock itu, Isabella.

Menyerlahkan persembahan yang cukup bertenaga, kejayaan malam pertama Konsert Ulang Tahun ke-26 Ungu turut membuai emosi peminat sehinggakan ada yang menitiskan air mata saat lagu Tercipta Untukku didendangkan.

Selain Pasha, Ungu yang dianggotai Onci, Makki, Rowman dan Enda ini turut mempamerkan kehebatan masing-masing dalam menjayakan konsert dengan penuh rasa kepada peminat.

Konsert Ulang Tahun ke-26 Ungu yang dibawakan oleh Star Planets ini juga disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Kredit foto: 43kpictures

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Isu Packaging Sambal Dikritik, Ini Respons ‘Win’ Khairul Aming – “Bila Orang Bijak Berbicara…”

Penjelasan yang cukup baik. Bagi semua orang faham…Kudos Khairul Aming!💪💪💪

Trending Thu, 12 Nov 2020
Hiburan Fri, 29 Mar 2024

Lesap RM60,000 Beli Tanah, Individu Dakwa Ditipu Datuk Red… Ibu Mangsa Terpaksa Keluar Duit KWSP Bayar Tunai

Individu dakwa Adira melenting bila bawa bincang? Semoga baik baik je la

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

“Akhirnya Saya Mengalah” – Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Elyana Dimasukkan Ke Hospital

Penyanyi Elyana dimasukkan ke hospital selepas lebih sebulan menahan sakit. Menghidap kanser limfoma semenjak 10 tahun lalu, Elyana menyampaikan khabar terbabit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram semalam. “Lebih sebulan menahan sakit […]

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Hiburan Tue, 19 Mar 2024

“Dia Tak Suka Bergaul, Tak Lekang Berdakwah” – Bimbang Sahabat Kembali Buat Perkara Tak Elok, Shahidan Izwan Minta Beri Ruang Pada Aliff Aziz

‘Saya hanya doakan agar dia kuat sebab takut juga Aliff kembali melakukan perkara tak elok seperti kontroversi sebelum ini’ – Shahidan

error: Content is protected !!