Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin December 28, 2018 @ 5:00pm

Kulit Wajah Jenis Berminyak? Jangan Lakukan Perkara Ini Sama Sekali!

Anda mempunyai kulit wajah jenis yang berminyak? Jika ya, anda tahu tak tentang perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan pada wajah? Perkara-perkara tersebut boleh memburukkan lagi keadaan wajah anda?

Mungkin anda selalu melakukan perkara ini, dan tanpa anda sedari, ia menjadikan wajah anda lebih bermasalah seperti berjerawat, menggelupas dan sebagainya.

Penulis kongsikan perkara-perkara tersebut yang wajib anda elakkan! Jom semak!

1. Membersihkan muka terlalu kerap

Mungkin ramai daripada anda yang beranggapan bahawa mencuci muka dengan kerap adalah cara terbaik untuk mengekalkan kebersihan wajah. Sebenarnya, cara anda ini salah ya! Ia akan menjadikan kulit wajah semakin berminyak atau berjerawat. Sebaiknya, cuci muka 2 kali sehari pada waktu pagi dan sebelum tidur.

2. Menggunakan skrub wajah dengan kerap

Sebenarnya, tabiat menggunakan skrub wajah yang terlalu kasar boleh menyebabkan kulit semakin teruk akibat daripada keradangan kulit. Sebaiknya, pilihlah skrub yang teksturnya lebih halus dan hanya digunakan 1 hingga 3 kali seminggu sahaja.

3. Tidak membersihkan peluh

Apabila wajah anda berpeluh apabila melakukan aktiviti senaman dan sebagainya haruslah dibersihkan dengan segera. Ini kerana, peluh yang kering dan menyerap pada kulit wajah akan mendatangkan masalah tertentu. Sebaiknya, mandi dan bersihkan wajah anda daripada peluh.

4. Picit jerawat

Tabiat ini adalah normal ketika jerawat mula tumbuh di wajah. Rasa ringan saja tangan nak memicitnya kan? Tabiat picit jerawat dengan menggunakan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan boleh meninggalkan parut. Seeloknya, gunakan krim jerawat yang sesuai untuk mengeringkan jerawatnya.

Jadi, jauhi daripada melakukan tabiat-tabiat ini ya! Pastinya anda melakukan penjagaan wajah yang betul agar ianya terus terjaga walaupun jenis yang berminyak.

Sumber: EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 4 Feb 2019
Featured Wed, 12 Feb 2020
Oh Lawa Thu, 20 Dec 2018

11 Makeup Products That Every Beginner Must Have 

Long-time users also can learn a thing or two.

Featured Wed, 22 Jan 2020
Featured Thu, 1 Nov 2018

Wanita Ini Buta Selama 2 Jam Setelah Memakai Bulu Mata Palsu

Eh, bukan ke prosedur kecantikan ini dah biasa orang buat?

Oh Lawa Thu, 27 Sep 2018
Featured Wed, 18 Dec 2019

3 tip untuk berjaya sebagai seorang jurusolek

“Otai” ini bongkar kesilapan lazim jurusolek lakukan

Featured Fri, 12 Oct 2018

Rawat Masalah Jerawat Dengan Hanya Menggunakan Aloe Vera

Aloe vera juga merupakan pelembap yang baik dan bantu melambatkan proses penuaan.

Featured Fri, 21 Sep 2018

7 Cara Kegunaan Minyak Kelapa Dalam Rutin Kecantikan Anda

Ia boleh memperbaiki tahap kesihatan dalaman serta kecantikan luaran anda.

Featured Mon, 22 Jul 2019

Panduan memakai tudung bawal bagi wanita bermuka bulat

Ilusi bentuk muka ilusi lebih tirus

error: Content is protected !!