Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 9, 2025 @ 6:43pm

“Kurang Harta Tak Apa, Jangan Kurang Ilmu”- PU Riz

Pendakwah bebas yang juga suami kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz mencuri perhatian selepas hantaran yang dimuat naik di platform Threads miliknya menyorot perhatian ramai.

Kata PU Riz, isu menormalisasikan minuman keras tidak seharusnya berlaku dan mana-mana pihak tidak seharusnya berdiam diri mengenai perkara ini.

Menerusi perkongsian sama, PU Riz juga kelihatan berkongsi petikan hadis al-Quran mengenai orang yang kurang cerdik dalah yang mengikuti hawa nafsunya.

“Bukan hendak memperbesarkan isu tetapi kalau ada usaha nak menormalisasikan arak, kita sampai akhir nafas pun tidak akan berdiam.

“Kenapa? Kerana hidup ini bukan milik kita. Tak boleh buat cara kita. Kalau ikut hati memang banyak benda yang hendak diingini.

“Tapi hadith ada menyebut tentang ‘Orang yang kurang cerdik adalah yang mengikuti hawa nafsunya,” katanya

Dalam pada itu, PU Riz menegaskan, ramai yang kini lebih mementingkan soal harta dan kemewahan dunia hingga mengabaikan ilmu agama yang sepatutnya menjadi asas kehidupan.

“Kalau kurang harta tidak apa. Jangan kurang ilmu dalam bab ini.

“Ada sebab kenapa arak disebut Nabi ibu segala kejahatan,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 8 Feb 2020

[TRENDING] Khabarnya Masdo Bawa Satu Kampung Naik Pentas #AJL34?

Tak sabar rasanya nak tengok MASDO bawa orang-orang kampung mereka kan?

Hiburan Sat, 26 Apr 2025
Featured Mon, 17 Apr 2023
Trending Tue, 20 Apr 2021
Trending Fri, 18 Mar 2022

Waktu Solat, Ketepatan Arah Kiblat, Banyaknya Fungsi Menarik… Aplikasi Waktu Solat Malaysia Wajib Ada Dalam Handphone Anda!

Aplikasi Waktu Solat Malaysia yang mempunyai 1.3 juta pengguna aktif dan lebih 6.6 juta kali muat turun kini boleh didapati menerusi Google Play & Apple Store. Aplikasi Waktu Solat Malaysia berfungsi sebagai peringatan waktu solat, […]

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “3 Orang Hubungi Nampak Kelibat Ayah Sedang Wirid..” – Genap 38 Hari Hilang Di Tanah Suci, Anak Kongsi Perkembangan Terkini

Allahuakbar! Min harap semoga ada sinar di penghujungnya dan dipermudah segala urusan ❤️🥹🤲🏻

Hiburan Tue, 7 Mar 2023

“Happy Birthday To Me!” – Syamsul Yusof Enggan Lafaz Cerai, Puteri Sarah Dedah Ibu & Bapa Mentua Ingin Jadi Saksi

Menurut Sarah, Yusof dan Patimah sentiasa berada di sisinya dan tahu apa yang berlaku antaranya dan Syamsul.

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

Bergantung Dengan Ubat Tahan Sakit, Aaron Aziz Rela Sakit Demi Yuran Pengajian Anak

Allahu, moga proses pembedahan nanti berjalan lancar! Sama-sama kita doakan ye

error: Content is protected !!