Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom October 11, 2018 @ 3:30pm

Label Norish Kareem Couture Bakal Membuka Rumah Fesyennya Di London November Ini

Kepulangan seketika wanita peramah ini ke tanah air membawa satu misi untuk membangunkan industri fesyen tempatan yang harus dimanfaatkan oleh penggiat industri itu.

Melalui pembukaan butiknya di Kota London tidak lama lagi, wanita bernama Norish Kareem ini tidak hanya melihatnya sebagai satu platform yang baik untuk mengembangkan label fesyen miliknya iaitu Norish Kareem Couture.

Malah dia tampil dengan idea untuk mengenengahkan konsep penyewaan kepada vendor yang ingin menjual barangan mereka di butiknya nanti.

“Mungkin hanya dua jenama tempatan saja yang akan dipilih memandangkan kapasiti butik saya tidak terlalu besar di samping terdapat beberapa koleksi antarabangsa turut dijual. Di sana mereka boleh menempatkan koleksi mereka tetapi ia bukan rekaan yang biasa-biasa.

“Ini kerana kadar penyewaan untuk vendor agak tinggi di London. Jadi pereka fesyen yang berminat untuk menjual pakaian mereka di butik saya harus memastikan koleksi RTW (ready-to-wear) yang mereka hantar adalah ekslusif sekaligus menepati perkembangan fesyen semasa,” katanya yang menetap di ibu kota England itu.

Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

Norish berkata, dia  melihat kolaborasi seperti ini dapat membantu rakan designer dari Malaysia untuk memperkenalkan rekaan mereka di peringkat antarabangsa. Bagaimanapun kesulitan mencari lokasi selain masalah ketiadaan connection dengan pihak luar membantutkan usaha mereka,” katanya menetap di London.

Mengenengahkan konsep boutique cafe, butik Norish Kareem Couture (NKC) akan dibuka kepada umum pada November nanti.

“Saya harap semuanya akan dipermudahkan. Ia bukan soal saya dan fesyen semata-mata, tapi dalam hati terbit rasa bangga kerana jenama tempatan dari Malaysia juga mampu mencuri perhatian orang luar negara,” kata Norish yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Foto: Norish Kareem

Hampir empat tahun mengukuhkan namanya, NKC terus mencuri perhatian ramai.

Dalam tempoh itu, jenama berkenaan sudah menyertai pelbagai pertunjukan fesyen antarabangsa seperti Muslim Lifestyle di Olympia, London, Indonesia Muslim Fashion Week, DC Fashion Week di Washington, Runway Dubai di Emiriah Arab Bersatu, Minggu Fesyen New York 2017, Minggu Fesyen Paris dan London Modest Fashion.

Malah koleksi pakaian NKC juga didapati di Beverly Hills, Amerika Syarikat dan terkini di Emiriah Arab Bersatu, Dubai.

Keindahan koleksi NKC turut dipamerkan menerusi majalah fesyen ternama dunia seperti Vanity Fair, Tatler UK, Elle dan Harper’s Bazaar UK.

“Teruja juga selama ini hanya melihat ruang publisiti jenama NKC di dada akhbar, majalah dan portal di Malaysia. Sekarang tak sangka NKC diterbitkan dalam majalah Vanita Fair isu Oktober.

“Menyusul pula dalam majalah Harper’s Bazaar UK dan Tatler UK tak lama lagi.

Foto: Norish Kareem

“Saya lihat ruang promosi ini jadi peluang terbaik dengan pembukaan butik saya di London. Malah ada majalah fesyen itu pun sudah menyatakan kesudian untuk hadir memberi sokongan dan membuat liputan sempena pembukaan butik itu nanti,” katanya.

NKC pernah diperagakan beberapa deretan artis Hollywood dan kerabat. Malah model istimewa dari Australia yang menghidap Sindrom Down, Madeline Stuart sebagai wajah ilham atau muse koleksinya beberapa kali.

“Impak Stuart sangat besar untuk portfolio fesyen saya. Pertunjukan fesyen di Dubai juga memutik perkenalan kami.

“NKC sendiri menerima mesej daripada ibu bapa yang mempunyai anak dengan sindrom down dari pelusuk negara termasuk di New York yang mahu membeli koleksi seperti dipakai Madeline.

“Malah ada yang sanggup terbang ke butik di Dubai untuk membelinya. Koleksi NKC juga boleh dibeli secara dalam talian www.norishkareem.com atau di Instagram, @norishkareemfashioncouture.

“Pengikut kami di Instagram juga turut meningkat naik gara-gara promosi dan impak pembabitan Madeline. Kami juga mendapat liputan meluas daripada penerbitan terkenal dan agensi berita antarabangsa seperti Marie Claire, Reuters dan Daily Mail UK sebelum ini,” katanya.

 

Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

Norish mengembara ke Kota London sejak 2012 kerana menyambung pengajian dalam bidang sarjana pengurusan perniagaan di Universiti Kingston, London.

Selepas tamat pengajian dia menyambung pula dalam bidang doktor falsafah di universiti sama. Dalam tempoh pengajian, Norish banyak membuat kajian mengenai perniagaan dan sasaran pelanggan.

Kajian mengenai budaya turut dilakukan kerana memahami budaya sesebuah negara membolehkan seseorang itu diterima dalam masyarakat.

Bukan itu saja dia juga banyak mengkaji mengenai jenama dan pereka yang mencipta warisan di seluruh dunia, antaranya H&M dan Chanel.

Selepas yakin dengan apa yang dipelajari, menerusi pengalaman dan pendidikan wanita ini memberanikan diri mengeluarkan jenama sendiri menggunakan label Norish Kareem Couture (NKC) Kuala Lumpur pada 2015.

Kini, Norish Kareem mampu berbangga selain label pakaian NKC, syarikatnya juga telah mengeluarkan rejim penjagaan kulit, Norish Kareem Cosmetics.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 21 Sep 2018

Fesyen Infiniti Tiada Batasan Meriahkan Karpet Merah ABPBH 31

Infiniti merujuk kepada ruang tanpa sempadan bertepatan dengan evolusi BH.

Featured Mon, 15 Jun 2020
Featured Thu, 19 Mar 2020

Ekstrak tumbuhan padang pasir, zaitun bantu kulit kekal sihat

Bahan daripada alam selamanya bermanfaat untuk kulit

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Ketahui Tip-Tip Membeli Kasut Tumit Tinggi & Bila Masa Paling Sesuai Untuk Beli

Anda mesti praktikkannya supaya anda rasa selesa ketika memakai high heels anda.

Featured Thu, 1 Nov 2018

Wanita Ini Buta Selama 2 Jam Setelah Memakai Bulu Mata Palsu

Eh, bukan ke prosedur kecantikan ini dah biasa orang buat?

Oh Lawa Mon, 22 Oct 2018

STAILOZ, Inner Tudung Dengan Teknologi ‘Titan Tech’ Yang Memberi Kebaikan Pada Tubuh

Pereka terkenal Kem Salleh pilih inner tudung
dengan pembuatan berteknologi sebagai modul perniagaannya.

Featured Tue, 3 Jul 2018

Ini Adalah 23 Gaya Penampilan Fesyen Terbaik Oleh Puteri Diana

Nampak macam lebih daring daripada Kate Middleton atau Meghan Markle.

Oh Lawa Wed, 8 Aug 2018

Peniagawati Sediakan Platform Ke New York Fashion Week Untuk 18 Pereka Fesyen Malaysia

Ini merupakan kali kedua pereka fesyen Malaysia menyinari pentas fesyen di bandar itu.

Featured Sun, 3 May 2020
Oh Lawa Mon, 28 Jan 2019

Cara memilih gaya tudung yang sesuai dengan bentuk muka anda

Jika tersalah pilih, rosaklah penampilan anda!

error: Content is protected !!