Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 28, 2018 @ 2:47pm

Lagi Video Acah Berkenaan Galaxy Note 9 Dikeluarkan Oleh Samsung

Selepas kami melaporkan berkenaan satu video acah yang dikirimkan oleh pihak Samsung berkaitan bateri perantiGalaxy Note 9 di laman Youtube mereka semalam, kami dapati Samsung turut mengirimkan dua video lain tentang peranti yang sama.

 

Video yang pertama adalah tentang ruang simpanan peranti. Dalam video tersebut, seorang pengguna telefon pintar dilihat terpaksa memadam beberapa aplikasi dan fail media bagi memberi ruang kepada satu muat turun yang sedang dijalankan.

Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Galaxy Note 9 bakal hadir dengan ruang simpanan dalaman berkapasiti gergasi. Sebelum ini, terdapat ura-ura yang menyatakan salah satu variasi peranti ini akan didatangkan dengan ruang simpanan dalaman sebesar 512 GB.

 

Video yang kedua telah menayangkan bagaimana seorang pengguna gagal untuk membuka fail PDF yang diperlukan. Ia masih gagal dibuka walaupun pengguna tersebut telah menghentikan beberapa fungsi seperti kemaskini automatik dan bertukar daripada mengguna Wi-fi ke sambungan 4G.

Namun video ini menimbulkan sedikit persoalan di laman Youtube, di mana penonton tertanya-tanya sama ada video ini adalah berkaitan sokongan RAM ataupun sambungan internet peranti.

Apa pun, segala persoalan akan terjawab pada 9 Ogos ini, di mana Samsung akan mengadakan satu majlis perkenalan untuk Galaxy Note 9 di New York.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 21 Jul 2018

Nokia ‘Pisang’ Tiruan Dijual Secara Berleluasa Di Pasaran Malaysia

HMD Global telah memberi amaran kepada pengguna atau peminat peranti Nokia di Malaysia agar berhati-hati dalam membeli peranti Nokia 8110 4G. Ini kerana mereka menerima laporan bahawa wujudnya penjualan peranti tiruan bagi model tersebut secara berleluasa di pasaran tempatan. Nokia 8110 […]

TECH Thu, 25 Oct 2018

Taip Dengan Lebih Cekap Menggunakan 5 Keyboard Mekanikal Ini

Jika anda teringin untuk membeli ‘mechanical keyboard’,sama ada jenis yang murah atau mahal,cuba baca artikel ini.

TECH Sun, 2 Dec 2018

Kenali Jenis dan Kegunaan Lensa Kamera

Mari kita mengetahui jenis-jenis lensa, fungsi dan keistimewaanya.

TECH Sat, 18 May 2019

30分钟不会化掉的冰棒?太厉害了吧~

吃冰棒的时候总会遇到一个很尴尬的问题,就是还没吃完却快要融化了。

TECH Tue, 17 Jul 2018

Intel Core-i7 8086K: Sambutan Ulang Tahun Cip Dengan Senibina X86

Intel baru-baru ini melancarkan cip pemprosesan Core i7 8086K berdasarkan senibina Coffee Lake bagi mengingati cip lagenda Intel 8086, nenek moyang kepada cip menggunakan senibina  x86 yang wujud pada hari ini. Intel telah mengeluarkan infografik mengenai perkara […]

TECH Thu, 4 Apr 2019

These 10 Tips and Tricks for Your Home Will Keep it Neat and Clean

These nifty ideas will help you save time and energy too from cleaning up.

TECH Thu, 13 Dec 2018

脸书推出类似抖音的短影音服务!企图挽回青少年的心

脸书发表一款名为「Lasso」的短影片应用程式,功能几乎完全复制中国目前最火红的社群软体「抖音」!

TECH Tue, 13 Feb 2018

TELEFON BIMBIT: 5 PANDUAN HARUS TAHU

Sekiranya berada di satu kawasan yang tiada signal, hanya dail 112 bagi membolehkan peranti anda  mencari-cari network yang tepat untuk mendapatkan nombor kecemasan. Menariknya nombor 112 ini boleh di dail walau pun pad kekunci terkunci.

TECH Wed, 18 Jul 2018

BERITA Sambungan USB Type-C Tunggal Untuk Peranti VR Generasi Akan Datang

Sambungan USB ke peranti set kepala realiti maya(VR) yang ada pada hari ini agak menjengkelkan kerana mempunyai lebih daripada satu sambungan kabel diperlukan untuk berhubung dengan PC. Namun, ia dijangka tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan. […]

TECH Tue, 10 Jul 2018

Twitter Rugi RM 12.45 Billion Selepas Padam 70 Juta Akaun Palsu

Seperti Facebook, Twitter juga tidak terlepas daripada dibanjiri oleh akaun-akaun palsu. Akaun-akaun ini didaftarkan atas pelbagai sebab tersendiri antaranya untuk menyerang pengguna lain, membuat kiriman-kiriman tidak sepatutnya dan banyak lagi. Twitter telah mengenalpasti bahawa majoriti […]

error: Content is protected !!