#LaguXTRA By: Maya Basir August 24, 2023 @ 6:50pm

#LaguXTRA: Suntik Semangat Dari Lagu, Kugiran Masdo Buat Mood Hawa Rizwana Jadi Best!

Segmen Lagu XTRA minggu ini membawakan pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana untuk berkongsi tentang lagu-lagu kegemarannya.

Menurut Hawa, lagu yang sering dimainkan adalah daripada kumpulan Kugiran Masdo antaranya Dinda dan Bercanda Di Malam Indah.

Manakala, lagu antarabangsa yang disukai adalah berjudul Ring oleh Selena Gomez.

“Lagu-lagu Masdo ni dia very romantic secara santai but at the same beritahu pendengar realiti sebuah percintaan tu. Saya suka sangat lagu Bercanda Di Malam Indah sebab vibes dia yang happy happy, kalau dengar je mood pun terus jadi best.

“Time drive dengar lagu Masdo memang best sebab dia ada vibes retro dan zaman P Ramlee.

“Kalau international, saya suka lagu Ring by Selena Gomez sebab lagu tu very sassy, very cheeky tapi dia someone yang ada pendirian dan tak akan turn back to her past,” jelasnya.

Berkongsi mengenai lagu favorit sepanjang zaman, dia sangat suka akan lagu Hai Hai Bye Bye nyanyian Ezlyn dan I Will Survive oleh Gloria Gaynor.

“Lagu-lagu tu selalu bagi saya semangat dan untuk move on daripada any challenges, masalah or even my past sama ada tentang kerja atau relationship,” kongsinya.

Disoal jika dia lebih meminati lagu zaman sekarang atau yang dahulu, dia tidak boleh membuat perbandingan kerana kedua-dua zaman mempunyai mesej tersendiri dalam penyampaian karya mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Thu, 23 Feb 2023
#LaguXTRA Thu, 15 Feb 2024

#LaguXTRA: Dedah Ada Sebuah Lagu Takut Didengari, Alya Iman Simpan Hasrat Nak Jadi Penyanyi?

Mesti sedap suara Alya nyanyi! Hmm kenapa pulak takut nak dengar tu? 😢

#LaguXTRA Thu, 9 Mar 2023
#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023
#LaguXTRA Thu, 6 Jul 2023

#LaguXTRA: Tidak Kira Masa, Adriana Adnan Pencinta Lagu Sendu – “Saya Rasa Macam Nak Dibohongi Supaya…”

Siapa dekat sini pun jenis suka dengar lagu sendu time happy juga? Kita geng dengan Adriana!

#LaguXTRA Thu, 29 Feb 2024
#LaguXTRA Fri, 26 May 2023
#LaguXTRA Thu, 27 Apr 2023
#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
#LaguXTRA Thu, 17 Aug 2023