Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2025 @ 8:26pm

Lancar Single ‘Seakan Ku Tak Ada’, Allan Andersn Kongsi Rasa Teruja Bakal Rakam Lagu Ciptaan Farouk Roman

Penyanyi Indonesia yang sedang mengukir nama di arena muzik tempatan, Allan Andersn, baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Seakan Ku Tak Ada.

Lagu tersebut diinspirasikan daripada kisah seorang rakan rapat Allan yang sering merasakan dirinya tidak dihargai oleh pasangan.

“Daripada cerita itu, saya mula membayangkan bagaimana rasanya mencintai seseorang tetapi seolah-olah tidak pernah benar-benar dianggap.

“Perasaan inilah yang saya terjemahkan ke dalam lagu ini. Walaupun bukan pengalaman peribadi, emosi yang hadir ketika menulis lagu ini terasa sangat dekat dengan hati saya,” katanya.

Selepas pelancaran single itu, Allan mendedahkan satu lagi berita gembira apabila diberi peluang menyanyikan lagu ciptaan komposer terkenal Malaysia, Farouk Roman.

Allan atau nama sebenarnya Joan Allan Anderson, 34, mengakui berdebar kerana ini merupakan kali pertama menerima karya daripada penulis lagu Malaysia memandangkan selama ini lebih terbiasa menulis lagu sendiri.

“Saya biasanya mencipta lagu untuk diri sendiri dan artis lain. Jadi kali ini saya rasa gemuruh kerana lagu ini datang daripada seorang komposer Malaysia,” jelasnya.

Lagu berjudul Senafas itu dipilih sebagai lagu tema untuk sebuah drama tempatan yang akan ditayangkan tidak lama lagi dan dijadualkan dilancarkan sekitar Oktober ini.

“Apabila mendengar judul lagu ini, saya jadi takut. Saya harap tidak perlu menyanyi betul-betul dalam satu nafas. Kalau lagu empat minit kena tarik sekali nafas, memang tak lepas,” selorohnya.

Menurut Allan, peluang ini menjadi satu langkah besar dalam kerjayanya dan turut menguji kemampuan vokal kerana lagu balada Malaysia terkenal dengan nota tinggi.

“Selama ini saya biasa menerima karya daripada penulis Indonesia. Kali ini dari Malaysia dan memang gemuruh. Lagu balada Malaysia tinggi-tinggi, macam menara berkembar KLCC. Kadang-kadang bila ditarik, jadi lebih tinggi lagi,” katanya sambil ketawa.

Allan memberitahu sudah mendengar demo lagu tersebut pada Selasa lalu dan berasa cukup teruja.

“Saya tidak sabar untuk membawakannya. Harap lagu ini sesuai dengan jiwa saya dan saya mampu menyampaikan emosinya dengan baik,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Wed, 22 Nov 2017

KATY PERRY AND THE WEEKND JUST WENT ON A DINNER DATE!

It seems like now this motherf**king Staryboy has moved on to a more mature lady.

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Events Wed, 5 Feb 2020

[VIRAL] Lari Dan Hilangkan Diri, Sajat Tutup Muka Dengan Tudung Sebab Nak Elak Jemaah Malaysia

Mana yang perlu tegur, tegur lah dengan cara paling berhemah

Featured Mon, 20 Jun 2022
Featured Wed, 16 Jun 2021

Bacaan Yasin Serentak Di TV3 Pecah Rekod, Raih 1.3 Juta Penonton

Siaran program bual bicara, Tanyalah Ustaz yang disiarkan pada 1 Jun lalu di TV3 berjaya meraih 1.3 juta penonton, siaran itu membawakan bacaan Yasin serentak bagi mendoakan kesejahteraan rakyat berdepan penularan pandemik COVID-19. Segmen yang […]

Hiburan Wed, 26 Feb 2025
Trending Sun, 14 Nov 2021

“Kalau Dia Bersin, Terbina 1 Kanopi…”- Busana Serba Hitam Dikecam, Aina Abdul Akui Kurang Baca Komen Netizen

Penyanyi Aina Abdul dihujani kritikan dan usikan netizen gara-gara busana yang digayakan di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menyarungkan persalinan serba hitam rekaan Behati, Aina mendedahkan dia ingin meninggalkan impak […]

Hiburan Tue, 10 Dec 2019

Tak Puas Bersanding, Che Ta dan Zain Naik Pelamin Lagi?

Tak sabar nak tunggu persandingan Che Ta dan Zain! Pasti macam pasangan baru berkahwin!

error: Content is protected !!