Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 1, 2018 @ 6:31am

Adik Kahwin Dulu? Tasha Okay Saja!

Tarikh 20 April lalu, adik kepada pelakon Tasha Shilla, Ella selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya! Gambar resepsi adik kesayangannya itu turut dimuatnaik di laman Instagram Tasha Shilla.

Jika dibaca komen-komen yang singgah di bawah gambar itu, rata-rata peminat bertanyakan bila agaknya pelakon jelita ini akan mengakhiri zaman bujang?

Tasha atau nama penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak memberitahu dirinya tidak risau dengan jodoh yang belum menyapa di usia 31 tahun.

“ Perancangan Tuhan lebih baik. Jodoh dan rezeki sudah tertulis sejak azali dan sebagai hambanya, saya terima ketentuan dengan berlapang dada,” katanya yang mengaku sedang mengenali seseorang.

Kata Tasha sebagai kakak, dia cukup gembira apabila adik kesayangannya itu bertemu cinta sejati.

“ Tengok senyuman adik pada hari bersejarahnya sudah cukup membuat saya gembira.

“Tidak timbul istilah langkah bendul hanya kerana saya belum bertemu jodoh. Ia hanya istilah yang dicipta manusia, sedangkan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya percaya, sampai masa saya juga akan meninggalkan zaman solo dan memulakan hidup berumah tangga,” katanya.

Disoal tentang masa depan, Tasha memaklumkan dia mahu percintaan yang lebih matang dan tidak mahu membuang masa bercinta lama-lama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Dec 2025

“Saya Nak Stabil Sebelum Nikah” – Hasrat Kahwin Umur 30 Tahun Tak Kesampaian, Syahir Shafein Fokus Kerjaya

Syahir Shafein terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin pada usia 30 tahun dan akur jodohnya masih belum tiba.

Hiburan Mon, 27 May 2024
Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Shaheizy Sam Dapat Anak Kedua, Tahniah!

Tahniah Sam & Tilla. Sure comel baby dorang ni!

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Cabaran ‘Berat’ Sufian Suhaimi, Amira Othman

Peranan ‘soundtrack’ dalam sesebuah filem adalah sangat penting bagi mengiringi perjalan sebuan filem.

Trending Wed, 11 May 2022
Hiburan Sun, 4 May 2025
Events Mon, 18 Mar 2019

IKEA Terbesar Dibuka Di Penang

Berita baik buat orang Utara! IKEA kini membuka gedung pertamanya di daerah Batu Kawan, Pulau Pinang.

error: Content is protected !!