Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom March 5, 2020 @ 3:54pm

Langsing dan kulit licin bak porselin persis bintang Korea, amalkan 6 jenis makanan ini

Ramai yang memuji kecantikan selebriti Korea walaupun tahu kebanyakannya tidak ‘asli’ atau cantik kerana pembedahan kosmetik.

Namun begitu seperkara yang tidak boleh dinafikan mengenai orang Korea, adalah kecantikan kulit mereka terutamanya golongan selebriti yang seakan licin bak porselin.

Bonus juga buat wanita Korea kerana kebanyakannya bertubuh tinggi lampai dan langsing. Bak kata orang pakai apapun cantik terletak!

Bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat dan tubuh yang langsing, tentu saja ianya berbalik kepada amalan pemakanan seseorang dan bercakap mengenai orang Korea, ada makanan tertentu yang diambil setiap hari itu memelihara kecantikan alami.

Nak tahu apakah makanan kecantikan orang Korea, teruskan membaca artikel ini.

1. Teh hijau

Umum mengetahui teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan daripada kerosakan berpunca daripada  sinaran cahaya matahari.

2. Ubi keledek

Mungkin anda biasa makan ubi keledek, tetapi tahukah anda bahawa sayur-sayuran ini kaya dengan Vitamin A dan C, ramuan yang diperlukan untuk memberi nada kulit sekata dan cahaya dari dalam? Ubi keledek mengandungi biotin yang menambah kelembapan untuk mengeringkan kulit dan merangsang pertumbuhan rambut

3. Sup rumput laut (Miyeok guk)

Foto: Idn Times

Sup yang dikenal sebagai sup ulang tahun ini secara tradisi adalah makanan pertama yang disajikan untuk para ibu di Korea pasca melahirkan. Sup berisi rumput laut coklat yang dimasak dalam sup daging atau seafood ini kaya iodin yang meredakan pembengkakan, kandungan kalsium tinggi untuk tulang, omega, dan vitamin B1 juga B3 yang baik untuk kesihatan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa sup rumput laut secara teratur dapat menjaga tubuh dari kerosakan kulit dari pancaran sinar matahari.

4. Pir Korea

Berbeza dengan pir yang biasa kita makan, Bae atau Pir Korea ini kerap disebut sebagai apple pear kerana bentuknya yang bulat, besar, manis dengan daging berwarna putih dan kulit kuning kecoklatan. Buah yang boleh langsung dimakan tanpa dikupas ini memiliki kandungan vitamin K, C, dengan kandungan serat yang tinggi.

Pengambilan buah ini juga membantu proses pencernaan, kesihatan mata, kesihatan hati, menurunkan kolesterol dan mengurangi berat badan.

5. Kacang soya

Di Korea Selatan, kacang soya banyak diambil setelah melalui proses penapaian. Gochujang (sos cabai), Doenjang (sos kedelai berwarna coklat kekuningan), Chunjang (sos kacang hitam), Ganjang (kicap) adalah aneka sos yang diciptakan melalui proses penapaian pada kacang soya.

Kacang soya adalah sejenis makanan yang kaya vitamin E, tinggi kandungan antioksidan, rendah kalori serta berserat, sekaligus merupakan makanan yang baik untuk memelihara kesejahteraan jantung.

6. Kimchi

Ini adalah makanan wajib orang Korea setiap hari, apa lagi kalau bukan kimchi. Kimchi adalah sejenis jeruk dibuat dengan cara mencampurkan garam, jahe, gula, bawang, cabai, dan sayur pilihan untuk kemudian di tapai.

Proses penapaian secara tradisional dilakukan dengan cara memasukkan adunan di atas ke dalam pot tanah liat dan menanamnya di bawah tanah.

Proses penapaian kimchi menimbulkan bakteria lactobacillus yang baik untuk pencernaan dan kesihatan kulit. Dengan mengkonsumsi kimchi, jerawat juga mudah hilang selain dianggap sebagai makanan anti penuaan.

Foto: Soompi

Jom cuba, mana tahu cantik seperti Jun Ji Hyun, Kim Tae Hee, Han Ga In dan Song Hye Kyo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 20 Apr 2018

Dambakan Kulit Wajah Flawless? Ketahuilah 5 Jenis Vitamin Ini!

Mahu kulit wajah cantik berseri, ketahui jenis vitamin ini.

Oh Lawa Thu, 22 Mar 2018

Masih Gigit Kasut Baru Untuk Elak Kaki Melecet? Apa Kata Cuba Tips Mudah Ini

Anda pernah alami tak kalau pakai kasut yang baru dibeli mesti akan melecet? Mesti akan berasa pedih dan sakit di bahagian belakang tumit dan bahagian tepi ibu jari kaki kan? Terus hilang mood nak ‘melaram’ dengan kasut baru! 

Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Jurusolek (MUA) kini dirai dalam anugerah berprestij!

Siapakah yang bakal dinobat juara? nantikan malam kemuncak MMAA 2019 diadakan pada 28 Ogos 2019 ini.

Oh Lawa Tue, 4 Dec 2018

Inilah Cara Mengukur Saiz Bra Untuk Dapatkan ‘Fit’ Yang Paling Selesa

Anda tak patut pakai bra yang bersaiz sebarangan.

Oh Lawa Sun, 20 May 2018

Meghan Markle Memilih Solekan Yang Simple Tapi Kecantikan Semulajadinya Tetap Terserlah

Senyuman kegembiraan yang menghiasi mukanya menambahkan sinar ke wajahnya.

Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Thu, 3 May 2018

Tapak Kasut Anda Licin? Ikuti Tip Ini Untuk Perbetulkannya Serta 5 Masalah Pakaian Lain

Baju terkoyak, kasut licin sampai boleh terjatuh, butang baju tercabut… Ngerinya kalau terjadi.

Oh Lawa Tue, 25 Sep 2018

Nak Tahu Kenapa Anda Mudah Tertarik Pada Satu-Satu Bentuk Cincin Perkahwinan? Ini Jawapannya

Wahai bakal suami, pastikan cincin buat bakal isteri kamu menepati personalitinya. Pasti si dia suka!

Featured Thu, 10 Jan 2019
Oh Lawa Wed, 7 Nov 2018

Jom Jadikan Tudung Lama Kepada Kaftan. Jahit Guna Tangan Saja!

Anda yang tak reti jahit pun boleh buat!

error: Content is protected !!