Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops December 4, 2018 @ 2:00pm

Inilah Cara Mengukur Saiz Bra Untuk Dapatkan ‘Fit’ Yang Paling Selesa

Bila bra anda tak sesuai saiznya dengan bentuk dada anda, anda akan tahu. Bahu anda mungkin rasa sakit, ataupun dada anda pula akan rasa tekanan kompresi.

Selain pergi ke kedai bra dan try mana-mana seleksi yang anda nak beli, anda juga boleh mengukur sendiri saiz bra yang betul-betul sesuai dengan badan anda.

Jika anda perasan, saiz bra merangkumi nombor dan abjad. Nombor itu adalah ukuran perimeter atau lilitan di sekeliling tulang rusuk, manakala abjad itu merujuk kepada saiz cup bra.

Di bawah ini adalah caranya yang tepat.

Langkah 1: Ukur band size

Lilitkan tali pengukur di sekeliling tulang rusuk anda, iaitu di bawah bahagian buah dada. Hembuskan nafas, dan jangan berdiri tegak sangat atau tonjolkan dada ke depan lebih daripada normal.

Ukuran (dalam inci) yang anda dapat itu adalah band size, yang tertera sebagai nombor dalam saiz bra. Contohnya, jika ukurannya adalah 34, saiz bra anda mungkin adalah 34C.

Jika anda mendapat ukuran nombor ganjil, bundarkan ke nombor genap yang seterusnya.

Langkah 2: Ukur lilitan sekeliling dada

Lilitkan tali pengukur di sekeliling dada cukup-cukup tapi jangan sampai ketat sangat. Buah dada anda tak sepatutnya terpenyek langsung. Dapatkan ukurannya dalam inci.

Inilah cara pertama untuk mengetahui saiz cup bagi bra anda. Jika ukurannya ada perpuluhan 0.5, bundarkan saja.

Rujuk kepada gambar rajah di bawah untuk kepastian.

Foto: www.fashionlady.in

Langkah 3: Tolak ukuran lilitan dada dengan band size 

Ambil ukuran lilitan dada dan tolakan dengan ukuran band size. Perbezaannya di antara kedua-dua nombor itu akan menentukan saiz cup untuk bra anda.

Jika ia kurang daripada 1 inci, saiz cup yang sesuai untuk anda adalah AA.

  • 1 inci: cup A
  • 2 inci: cup B
  • 3 inci: cup C
  • 4 inci: cup D
  • 5 inci: cup DD

Jika perbezaannya adalah lebih daripada 5 inci, anda patut rujuk nasihat pakar di kedai-kedai supaya anda dapatkan bra yang betul-betul berikan sokongan yang anda perlukan.

Contoh ukuran:

Katakan ukuran dada anda adalah 36.5 inci (dibundarkan ke 37 inci) dan band size anda adalah 33 inci (dibundarkan ke nombor genap 34 inci).

Perbezaan di antara kedua-dua nombor itu adalah 3 inci. Jadi saiz bra yang ideal untuk anda adalah 34C.

Dah faham caranya? Cuba ukur pula dan dapatkan bra yang sesuai dan selesa.

Sumber: Seventeen 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 22 May 2018
Oh Lawa Sat, 31 Aug 2019
Oh Lawa Mon, 12 Mar 2018

Dambakan Bentuk Wajah Secantik Fazura, Jom Cuba 4 Tips Wajah Ini!

Memiliki raut wajah bujur sireh atau kecil seperti aktres Fazura, menjadi idaman setiap wanita.

Bagi yang tiada bajet tu, ada cara alternatif yang dapat membantu anda untuk mendapatkan raut wajah dan pipi yang kecil bak pauh dilayang. Bahkan petua ini bukan saja mudah tetapi juga jimat dan selamat. Selamat mencuba!

Oh Lawa Fri, 28 Dec 2018
Oh Lawa Fri, 28 Sep 2018
Oh Lawa Mon, 3 Sep 2018

Kulit Sihat Tanpa Terjejas Dan Kekal Cantik Tatkala Melancong

Tip kembara cantik yang boleh diamalkan tika bertandang di negara orang.

Featured Wed, 16 May 2018

Jurusolek Kim Kardashian Kongsi Tip Untuk Hilangkan Rupa Kedutan Di Bahagian Mata

Tiada siapa boleh elakkan wrinkles daripada muncul, tapi anda masih boleh “selamatkan” rupa anda.

Oh Lawa Thu, 11 Apr 2019

Adakah anda membersih wajah dengan betul? Ini kaedah yang disarankan pakar

Tak perlu rawatan wajah mahal bagi mendapatkan kulit cantik.

Featured Mon, 14 May 2018

8 Orang Yang Terlalu Obses Dengan Pembedahan Plastik Sampai Rupa Mereka Nampak Pelik

Kalau cantik, tak apalah. Ini ada yang macam rupa makhluk asing!

error: Content is protected !!