Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 1, 2023 @ 5:19pm

Lantang Bersuara Isu Palestin, Scha Alyahya Tak Takut ‘Dibuang’ Jenama Besar -“Percaya Allah Yang Bagi Rezeki”

Pelakon dan pengacara jelita, Scha Alyahya tidak gentar apabila lantang menyuarakan isu Palestin di media sosialnya.

Menurut Scha atau nama penuhnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 40, dia tidak takut sekiranya sokongan yang diberikan terhadap isu bergolak itu boleh menjejaskan kontraknya bersama jenama besar antarabangsa.

“Saya ada banyak kerjasama dengan jenama antarabangsa tetapi kenapa saya perlu takut.

“Saya faham perkara ini berkaitan sensitiviti tapi jika pihak lain tidak senang dengan kelantangan saya memperjuangkan isu Palestin, itu adalah salah mereka kerana kita ini sebuah negara Islam,” katanya.

Bagaimanapun Scha menjelaskan apa yang dilakukannya itu masih berlapik dan ada batasnya.

“Boleh tunjukkan sokongan tapi jangan hentam terlalu kasar, kita perlu tahu batas… benda tu yang penting,” jelasnya.

Mengulas lanjut, ibu kepada dua cahaya mata ini juga mengakui tidak teragak-agak untuk menolak jemputan daripada jenama besar yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Malah, dia kini sedang menyusun semula jadualnya bagi menghormati isu di negara bergolak itu.

“Ada jenama yang sensitif dan kadang -kadang mereka terlupa dan menjemput saya menghadiri sesuatu majlis. Tapi komunikasi itu penting.

” Tapi saya nyatakan yang saya kurang selesa dan mungkin masanya juga tidak tepat,”ujarnya.

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Nov 2024
Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Trending Thu, 22 Oct 2020
Events Sun, 4 Feb 2018

10 PORT INSTA-WORTHY (KAMI SERIUS) DI #GOGEGARIA FEST!

Yes! Ini adalah WAJIB buat kenangan yang kamu telah hadir ke #GoGegaria Fest 2018!

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Suami Lufya Tampil Perjelas Isu Tidak Hadir Ke Mahkamah

Kita semua harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik kan?

error: Content is protected !!