Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 22, 2019 @ 12:14pm

“Laporan Polis Berasingan Akan Dibuat”- Misha Omar

Berhubung keputusan penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Bila pada Jumaat lalu, Misha Omar atau nama sebenarnya, Samihah Omar telah memberi peringatan kepada individu-individu terbabit yang menuduh beliau mengamalkan ilmu sihir semasa AJL33 lepas agar tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari sebelum tindakan susulan dibuat.

Bagi Misha, tindakannya individu terbabit sedikit sebanyak mencalarkan reputasi beliau sebagai seorang artis yang sentiasa berkerja-keras untuk memberikan yang terbaik khasnya buat peminat. 

Dan, isu tersebut akhirnya dapat diselesaikan selepas dua individu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka pada sidang media semalam.

” Tiada dendam, malah saya sangat lega kerana segala beban yang bersarang di hati terhapus sebaik pertemuan ini berlangsung. Seperti dijanjikan, permohonan maaf ini tanpa syarat dan saya maafkan mereka dengan hati terbuka”. Katanya

Dua individu terbabit iaitu Fairuz Azwan Akhir Sufian, 32, dan Ahmad Azhar Aziz, 27, selain peguamnya, Abi Mursyidin Awal serta Ahmad Fuad Hasim dari firma Amelda Fuad Abi & Aidil. Menurut Fairuz Azwan, ia bermula sebagai gurauan dengan rakannya, Ahmad Azhar tanpa tersimpan niat untuk memfitnah Misha. 

Sementara Ahmad Azhar mengakui komen yang dilemparkan menerusi laman sosial Facebooknya itu mendorong beliau mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan terhadap penyanyi tersebut.

” Saya ingin memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu. Dan, apa yang berlaku menjadi pengajaran buat saya.” Katanya. 

Manakala, seorang lagi individu yang terbabit dalam isu fitnah penyanyi Misha Omar masih belum tampil memohon maaf. Menurut penyanyi itu, laporan polis berasingan akan dibuat bagi individu tersebut. Memandangkan fitnah itu tercetus menerusi akaun twitter miliknya.

” Sekarang, tinggal satu lagi pengguna media sosial yang enggan mengaku, sedangkan fitnah itu dicetuskan menerusi akaun Twitter miliknya. Laporan polis berasingan akan menyusul untuk mengenal pasti individu terbabit,” Tegasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 May 2019

Dah Jumpa Calon Isteri, Along Cham Sedia Akhiri Zaman Duda

Semoga semuanya berjalan lancar, tahniah Along!

Hiburan Fri, 29 Nov 2024
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

Tempoh Sebulan Jantina Sebenar Akan DiKetahui

Buat anda semua yang tertanya-tanya, dalam tempoh sebulan JAKIM bakal memberi jawapan ye

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Jadi Anak Didik Shiha Zikir, Raes Arifin Lancar Single Debut Jalan Cinta

Penyanyi baharu yang dicungkil bakatnya menerusi sebuah program realiti, Raes Arifin kini tampil dengan single pertama berjudul Jalan Cinta.

Featured Thu, 17 Jul 2025

Lakukan Amang Seksual, Ustaz Selebriti Didedah Nurul Izzah Sudah Didakwa

Pihak polis telah menerima lapan laporan membabitkan individu terbabit.

Featured Wed, 9 Nov 2022
Events Tue, 23 Jul 2019

著名海南话原创艺人麦英726开唱!邀你共赴乡音之约

著名海南话原创艺人麦英7月26日开唱!邀你共赴乡音之约,免费听听亲切的乡音歌曲,欣赏优美的传统琼剧。

error: Content is protected !!