Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 30, 2017 @ 11:57am

Lelaki Terlepas Hukuman 60 Tahun Atas Tuduhan Merogol

Seorang  pekerja kilang terselamat dari hukuman penjara 60 tahun dan sebatan selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasannya daripada tiga tuduhan memperkosa seorang gadis, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar menolak rayuan berkenaan, sekali gus mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen M Vijayalakshmi pada 22 November tahun lalu.

Mohd Zunizam Othman, 31, dibebaskan oleh Vijayalakshmi tanpa dipanggil membela diri pada akhir kes pendakwaan.

Terdahulu, Mohd Sunizam ditangkap atas dakwaan merogol mangsa yang berusia 15 tahun 11 bulan ketika kejadian di Kampung Paya Terendam, Sik pada 26 Jun, 14 Julai dan 14 Oktober 2012, jam 4 petang.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zubaidah Ahmad memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi keran tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Teruduh diwakili S Param.

Ketika membacakan keputusannya, Abu Bakar berkata, mahkamah meneliti semua rekod rayuan dan penghujahan bertulis kedua-dua pihak dan bersetuju dengan penemuan fakta oleh mahkamah bicara mengenai keterangan mangsa yang juga saksi pendakwaan kedua (SP2) yang bercanggah berkaitan tarikh kejadian bagi ketiga-tiga tuduhan.

“Mahkamah berpendapat SP2 tidak pasti dan sering berubah-ubah berkaitan tarikh kejadian. Pendakwaan perlu membuktikan pada tarikh kejadian pertama dan kedua SP2 berusia bawah 16 tahun.

“Walaupun dikemukakan rakaman video, ia tidak membantu kerana SP2 sendiri tidak pasti berkaitan kejadian yang mana.

“Timbalan pendakwa raya juga tidak memanggil ahli forensik yang membuat analisis bagi menentukan tarikh rakaman melalui telefon bimbit,” katanya.

Menurut beliau, mahkamah bersetuju dengan mahkamah bicara bahawa keterangan SP2 meragukan untuk diterima sebagai keterangan.

“Keraguan berkaitan tarikh kejadian memihak kepada perayu. Perhubungan seks dilakukan selepas SP2 mencapai usia 16 tahun dan ia secara kerelaan.

“Mahkamah menolak rayuan perayu, perintah mahkamah bicara melepas dan membebaskan responden daripada semua tuduhan disahkan,” ujarnya.

Sumber- Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022

“Ada Yang Akan Pantau Saya” – Selepas Dikejarkan Ke Hospital Ogos Lalu, Ako Mustapha Kongsi Keadaan Terkini

Pelakon dan penerbit, Ako Mustapha berkongsi keadaan terkini kesihatannya selepas dikejarkan ke hospital kerana kekurangan insulin dalam badan pada Ogos lalu. Menghidap penyakit diabetis sejak 2016, Ako mendapatkan rawatan kerana saraf serta otot tidak dapat […]

Featured Wed, 25 Aug 2021

Taufik Hidayat & Lee Chong Wei Enggan Dedah Nama Individu Tawar Rasuah Perlawanan Sukan Asia Doha

Jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat, semalam membuat pendedahan yang mengejutkan apabila memberitahu terdapat cubaan mempengaruhi perlawanan dengan bayaran wang pada Sukan Asia Doha 2006 antara dirinya dan Lee Chong Wei dari Malaysia. Menerusi temubual di […]

Featured Mon, 13 Feb 2023

Rangkul Gelaran Juara & Vokal Terbaik AJL 37, Aina Abdul Berbelanja RM90,000 Untuk Terus Hidup

Min masih tak boleh move on dengan persembahan mega Aina Abdul 🤩🥲

Hiburan Fri, 6 Feb 2026

Cetus Fenomena Luar Biasa! Drama ‘Doa Yang Terlindung’ Raih 4 Juta Penonton, 600 Juta Capaian Media Sosial

Saksikan minggu terakhir Doa Yang Terlindung setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3

Featured Wed, 1 Mar 2023
error: Content is protected !!