Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aisyah Badrul March 18, 2020 @ 5:21pm

Lepas Dua Tahun Jadi Duda ‘Hot’, Rashidi Ishak Cari Jodoh Di Tinder?

SELEPAS berpisah dengan aktor Vanidah Imran pada Ogos 2018 yang lalu, ramai peminat Rashidi Ishak mula mempersoalkan bilakah pelakon kacak ini akan manamatkan zaman dudanya. Menurut pelakon yang terkenal dengan watak Abu menerusi drama Kampung People ini, dia tidak mempunyai hasrat untuk mencari pasangan hidup dalam masa  terdekat. 

Namun menerusi sebuah rancangan hiburan televisyen tempatan baru-baru ini, jejaka yang berusia 47 tahun ini ada mengatakan bahawa dia tidak menolak untuk mengenali mana-mana wanita pada waktu ini. Malah, Rashidi juga mengakui dirinya pernah keluar mengenali seseorang  (date) sepanjang tempoh menjadi seorang duda.  

Jelasnya, mencari pasangan hidup bukanlah kepentingan buatnya pada masa ini. Namun dia tidak mempunyai kenalan yang ramai jadi tidak ada salahnya jika dia mengenali orang baru untuk meramaikan kenalan. 

“Keluar date kenal-kenal tu ada la. Perkara ini bagus sebenarnya apabila kita boleh mengenali seseorang yang baru (stranger) namun pertemuan ini bukanlah satu pertemuan yang romantik,” ujarnya menerusi rancangan hiburan tersebut. 

Terdahulu, duda kepada dua orang anak ini pernah memuatnaik sekeping foto berkenaan dengan aplikasi mencari pasangan, Tinder di laman Twitternya. Tindakan pelakon kacak ini ternyata menimbul persoalan orang ramai benarkah dirinya sedang mencari jodoh dengan menggunakan aplikasi tersebut. 

Rashidi Ishak pernah mendirikan rumahtangga bersama Vanidah Imran pada tahun 2000. Menerusi perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Aimran dan Maryam Rasyika. Namun perkahwinan pasangan ini hanya bertahan selama 18 tahun sahaja apabila mereka disahkan bercerai dua tahun yang lalu. 

Boleh tahan ye Rashidi Ishak berjinak-jinak guna aplikasi Tinder. Agak-agak berapa ramai wanita yang swipe right  untuk duda hot ni di Tinder? Hiks! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 May 2019
Hiburan Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Thu, 25 Jul 2019

‘Hormati Privasi Saya, Kekasih’- Syafiq Kyle

Kalau boleh, saya memilih untuk tidak mencampur adukkan hal peribadi dan kerjaya.

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Sejauh manakah Spekulasi Hubungan Alyah Dan Datuk Ramli MS?

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Alyah dan Tok Ram

Hiburan Mon, 11 Nov 2019

“Paling Saya Rindu Adalah Lakonan.” – Marsha Terkilan Kurang Tawaran Selepas Berkahwin

Menyanyi boleh, berlakon boleh, mengacara boleh…serba boleh!

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Kecoh Pasal Muzik Video Pujaan Hati Nyanyian Adira!

Adakah ini publisiti murahan atau mengikut skrip ?

Featured Fri, 10 Mar 2023
error: Content is protected !!