Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 11, 2019 @ 12:41am

“Paling Saya Rindu Adalah Lakonan.” – Marsha Terkilan Kurang Tawaran Selepas Berkahwin

Walaupun Marsha Milan Londoh dikenali sebagai penyanyi dahulu melalui pembabitannya dalam program realiti televisyen Akademi Fantasia, dia sebenarnya amat meminati dunia lakonan dan telah mencipta namanya sendiri apabila menerima tawaran demi tawaran lakonan drama mahupun filem.

Namun demikian, Marsha meluahkan rasa terkilan kerana selepas mendirikan rumahtangga, dia tidak lagi mendapat tawaran.

“Ada masanya, saya menunggu seperti buah yang tidak gugur.  Jujurnya pernah lebih setahun saya tidak menerima sebarang tawaran lakonan selepas berkahwin.

“Saya percaya, inilah mentaliti sesetengah pihak yang menganggap artis sudah mendirikan rumahtangga sibuk menguruskan suami dan tidak lagi mahu berlakon.

“Sedangkan, saya sentiasa terbuka untuk menerima apa sahaja tawaran, sama ada lakonan, nyanyian mahupun pengacaraan.  Paling saya rindu adalah lakonan,” kata Marsha kepada BH Online. 

“Peminat baru nampak saya berlakon selepas filem bergenre seram, 7ujuh, ditayangkan pada tahun lalu.

“Kemudian, saya ditawarkan watak pembantu selain menjayakan program kecil.  Tidak mengapalah, ia sudah memadai untuk saya melepaskan rindu. 

“Alhamdullillah, kerjaya lakonan bagai bernafas semula apabila tawaran semakin banyak diterima, sejak akhir-akhir ini.  Selepas pulang mengerjakan umrah, saya akan memasuki lokasi penggambaran filem baharu, Danum,” katanya yang kini berada di Tanah Suci Mekah sejak 8 November lalu. 

Sekembalinya dari umrah, Marsha yang pernah mengacarakan program Mentor Milenia tahun 2016 dan 2017 ini akan turut bersaing pada minggu ketiga peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 34 menerusi lagu Bimbang pada 29 November nanti. 

Terdahulu Marsha telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015 di Georgetown, Pulau Pinang. 

Sumber Foto: Instagram @marshamilan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Wed, 29 May 2019

‘Patutlah Tak Balik Rumah…’- Isteri Cef Fikree Kecewa Suami Skandal Dengan Isteri Orang

Zuriehan berdoa supaya dirinya dan Jayden dilindungi Allah.

Contest Fri, 28 Feb 2025

Konsert Mega ‘Aku Stacy’ Bakal Berlangsung Jun Ini!

Stacy bakal mengadakan konsert solo mega pertamanya, “AKU STACY”

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Saya Dapat Jemputan, Tapi…” – Beto Kusyairy Sahkan Turut Tak Hadir Malam Gala Mat Kilau Di Indonesia

Ramai juga yang tidak hadir untuk malam gala Mat Kilau di Indonesia hari ni..

error: Content is protected !!