Categories: LIFESTYLE

3 Perkara ‘Jangan’ Dilakukan Dengan Air Kelapa

Manfaat yang biasa kita dengar adalah untuk melegakan ibu-ibu hamil daripada mabuk hamil serta mengurangkan pedih ulu hati. Minum air kelapa juga tidak memudaratkan ibu dan bayi. malah ia sangat bagus untuk diminum bila-bila sahaja.

Ini adalah perkongsian daripada Dr Zubaidi mengenai 3 perkara yang ‘jangan’ dilakukan dan mungkin akan memudaratkan.

1. Jangan minum secara berlebihan

Jangan minum air kelapa muda sehingga menggantikan pemgambilan air kosong. Air kosong adalah minuman yang terbaik untuk dehidrasi dan membekalkan nutrisi pada tubuh.

2. Ambil yang bersih

Pemgambilan air kelapa muda mestilah daripada sumber yang segar dan bersih

3. Jika tidak sesuai, elakkan.

Jika anda rasa tidak sesuai untuk tubuh anda semasa hamil, elakkan untuk ambil air kelapa. Berkemungkin, akan ada sesetengah orang berasa mual, pening dan cirit-birit, ia mungkin jarang berlaku tetapi ia boleh terjadi kepada sesiapa.

Oleh itu, air kelapa muda memberikan manfaat yang banyak kepada individu yang meminumnya tidak kira lelki ataupun wanita. Sama ada yang hamil atau tidak. Untuk pengetahuan anda, ia meupakan satu minuman tebaik daripada pengambila air yang berkafein dan bergas dan manis.

Sumber: Dr Zubaidi

SGMS Enal